Image and video hosting by TinyPic

" SEIRING MENERAJUI INSAN PERKASA "

Image and video hosting by TinyPic

Monday, February 8, 2016

SUKARELAWAN LAHIRKAN MAHASISWA AKTIF



“ Mahasiswa hari ini bersikap apati; tidak mempedulikan hal-hal masyarakat, hanya bertungkus lumus untuk diri sendiri ”.
“ Mahasiswa ingin memberi khidmat kepada masyarakat, tetapi tugas-tugas akademik terlalu menekan dan mehalang mereka ”.
Ini antara kritikan –kritikan yang sering kita dengar daripada pelbagai pihak apabila diperkatakan tentang sikap dan penglibatan mahasiswa dalam hal-hal kepentingan masyarakat yang luas.
Sikap keprihatinan dan penglibatan mahasiswa dalam hal-hal kemasyarakatan adalah sangat penting kerana ia akan menjamin bagi seorang mahasiswa menjadi aktif di kampus mahupun di luar kampus.
Memang tidak dinafikan  belajar itu merupakan utama bagi seorang mahasiswa, Tetapi,mengambil kira tujuan kewujudan universiti, apakah belajar itu tidak termasuk mengetahui dan memahami tentang masyarakat serta hal-hal lain yang berkaitan dengan kepentingan masyarakat setempat ? Tanpa pendedahan di lapangan dan kefahaman tentang masyarakat bagaimanakah keprihatinan serta tindakan membantu masyarakat dalam kalangan pelajar dapat dijanakan sebaik dan seberkesannya ? Persoalan ini perlu dilihat bagi seorang yang bergelar mahasiswa.
Mahasiswa perlu bergiat aktif dalam menyertai aktiviti sukarelawan  dan dalam masa yang sama memberi fokus kepada pengajian di kampus. Kedua-duanya saling berkait kerana kecemerlangan dalam pengajian semata-mata tidak menjamin masa hadapan. Mahasiswa yang aktif juga bukan dilatih menjadi seorang yang berdaya saing malahan mampu mempunyai pelbagai pengetahuan bagi melengkapkan diri dalam pelbagi aspek termasuklah mental, fizikal sahsiah dan kerohanian.
Antara nilai tambah yang penting yang akan diperoleh juga dalam penglibatan dalam aktiviti sukarelawan ini adalah dari segi soft skills seperti pengalaman memimpin serta pengalaman menganjurkan pelbagai jenis program dan aktiviti bersama masyarakat. Dalam masa yang sama mahasiswa juga akan memperoleh pengalaman yang berurusan dengan pelbagai pihak atasan dan pihak luar yang memberikan peluang kepada mahasiswa dalam mengenali prosedur ketika berurusan dengan golongan yang professional.
Pengalaman dalam menyertai aktiviti sukarelawan,kelab atau persatuan akan memberi kelebihan kepada mahasiswa  dalam memohon pekerjaan selepas bergraduasi kelak. Namun yang sedemikian, seorang mahasiswa seharusnya mencapai kecermelangan dalam kedua-dua bidang akademik dan ko-kurikulum. Mahasiswa yang aktif juga bermungkinan akan mencapai tahap terbaik dengan dipilih oleh universiti atau pihak luar bagi menyertai program sukarelawan ke program-program luar negara.

AMBIL CAKNA
Mahasiswa perlu ambil cakna akan keadaan masyarakat sekeliling yang memerlukan khidmat mereka. Kepentingan menyertai kegiatan sukarelawan ialah mahasiswa dapat melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan. Mahasiswa semestinya mengetahui bahawa ilmu tidak diperoleh hanya di bilik kuliah atau kelas semata-mata. Ilmu itu luas seperti lautan. Ilmu juga dapat diperolehi melalui pengalaman dan penglibatan dalam sukarelawan.
Misalnya di semua peringakat Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta mempunyai badan berunifom yang boleh disertai oleh mahasiswa seperti Pasukan Latihan Pengawai Simpanan (PALAPES), Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS), Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA), Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) dan sebagainya. Mahasiswa boleh menimba ilmu serta pengetahuan yang mereka boleh dapat manfaatkan jika ada berlaku bencana atau kejadian yang menimpa diri dan keluarga. Pengalaman yang diperoleh tidak dapat ditukar ganti wang ringgit.
Seterusnya,mahasiswa merupakan golongan yang berpelajaran juga merupakan sebahagian anggota masyarakat dan sebahagiannya bakal mewarisi kepimpinan dalam pelbagai bidang kehidupan masyarakat.Oleh sebab itu mereka perlu memahami masyarakat. Penglibatan bersama masyarakat dalam sesuatu kegiatan juga membantu mahasiswa mengetahui keadaan masyarakat sekeliling bukan sekadar gambaran atau cerita oleh orang lain. Dalam masa yang sama kegiatan sukarelawan seperti ini mahasiswa diberi peluang dan galakan dalam merancang, membuat persiapan, melaksanakan dan menilai program yang dijalankan. Ini juga menjamin proses pembelajaran yang lebih beerti bagi seorang mahasiswa.
Contohnya Sekretariat Sahabat Kembara Ilmu (SKIL) merupakan salah satu kelab badan pelajar bawah Hal Ehwal Pelajar dan Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia mengambil alnisiatif melaksanakan program melibatkan masyarakat luar selain program di dalam kampus seperti program Semaian Lestari Kasih – program sukarelawan di Pusat Kebajikan al-Fikrah (rumah penjagaan warga emas). Selain itu, SKIL turut menganjurkan Program Jalinan Mesra bersama penduduk Kampung Orang Asli Ulu Chembong yang diadakan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli dan Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sembilan.
Tuntasnya, kegiatan sukarelawan ini amat penting bagi seorang mahasiswa melibatkan diri dalam aktiviti kemanusian dan kemasyarakatan. Oleh itu, negara kita memerlukan golongan mahasiswa iaitu aset negara untuk menerajui pelbagai bidang sukarelawan bagi terus melahirkan mahasiswa aktif dan produktif. Jadi golongan mahasiswa harus menggenggam bara api biar sampai jadi arang untuk meneruskan kegitan sukarelawan dan bukannya hangat-hangat tahi ayam.




Kemahiran “Soft Skills” dapat dilahirkan melalui penglibatan aktiviti sukarelawan.

Sebahagian sukarelawan yang melibatkan diri dalam Program Orang Asli Ulu Chembong.

Penglibatan mahasiswa dalam badan berunifom di peringkat Universiti juga mendekatkan diri kepada masyarakat.

Penglibatan sebagai Majlis Perwakilan Pelajar USIM 2015/2016 juga merupakan peluang memberi khidmat yang terbaik buat mahasiswa khasnya dan masyarakat umumnya.




Muhammad Anas Bin Dollah
Bendahari Kehormat
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Sains Islam Malaysia
Sesi 2015/2016

1 ulasan:


  1. .

    Bismillahir Rahmanir Rahim

    https://keep.line.me/s/Lb8uYYKl0c45XfYhErKpES9VipJoa6sXmUwle-HBC7I

    Web: almawaddah.info

    Salam wa rahmah

    Kepada;

    Yang dihormati para akademik, para rektor universiti dan para mufti.

    Tan Seri/Datuk Seri/Datin Seri/Datuk/Datin/ tuan/puan

    Tajuk: "Penukaran al-Qur'an dangan mazhab Ahli Sunnah Wal-Jamaah sebagai asas agama Islam oleh para Mufti Malaysia adalah "un-Islamic". Rencana ini adalah bagi tujuan kajian dan renungan
    Tidakkah Islam itu rahmatan li -l-Alamin?
    Terima kasih wa 'afwan.

    Daripada;
    Pencinta al-Qur'an sebagai asas agama Islam di Malaysia.
    Kuala Lumpur
    Malaysia.

    ReplyDelete