Image and video hosting by TinyPic

"BERSAMA MEMIMPIN PERUBAHAN"

Image and video hosting by TinyPic

Thursday, October 4, 2012

1,000 Premis Menu Rakyat 1Malaysia



BANGI: Program Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M) diperluaskan ke semua institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta di seluruh negara menjelang akhir tahun ini, bagi membolehkan 1.3 juta penuntutnya menikmati sarapan pagi pada harga serendah RM2 dan RM4 untuk hidangan tengah hari.


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) juga mensasarkan lebih 250 produk jenama 1Malaysia di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dijual di premis dan koperasi di 20 universiti awam, 27 politeknik dan 78 kolej komuniti serta 500 IPT swasta dalam tempoh sama. 



Sehingga 14 Mac lalu, sebanyak 1,480 premis, termasuk 103 kafeteria di 40 IPT menawarkan menu makanan itu.



Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan menetapkan sasaran 3,000 premis menawarkan menu itu menjelang akhir 2012, sejajar inisiatif berterusan kerajaan membantu rakyat mengurangkan beban kos sara hidup yang meningkat, selain mengekalkan subsidi barang keperluan.




Katanya, sasaran itu juga selari dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang mahu menu makanan dan KR1M dinikmati segenap lapisan rakyat.




“Kita sudah bincang dengan Kementerian Pendidikan Tinggi. Malah ramai pelajar mahu MR1M dan KR1M dimulakan di IPT mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Gerakan Pengguna Siswa (GPS) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sin,i semalam. 

Setakat ini, terdapat 26 KR1M dibuka di seluruh negara dan kerajaan mensasarkan membina 85 kedai rakyat menjelang akhir tahun ini.



Ismail Sabri berkata, UKM menjadi antara IPT awam yang menawarkan MR1M dengan 16 premis kafeteria menawarkan menu makanan rakyat itu.




Mengulas mengenai persidangan Gerakan Pengguna Siswa, Ismail Sabri berkata, persidangan tiga hari bermula kelmarin itu, menyaksikan perwakilan GPS dari 70 IPT berhimpun dan mengutarakan pandangan dan idea mereka dalam memperkasakan suara pengguna di kalangan mahasiswa.

0 ulasan:

Post a Comment