Image and video hosting by TinyPic

"BERSAMA MEMIMPIN PERUBAHAN"

Image and video hosting by TinyPic

SELAMAT DATANG KE WEB RASMI MPPUSIM

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

what image shows

HUBUNGI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

what image shows

Selamat Bercuti Buat Semua Mahasiswa/wi USIM

Semoga Pulangnya Mahasiswa/wi USIM ke Kampung Halaman Terus Mengislahkan Ummah

what image shows

Selamat Menghadapi Peperiksaan Buat Semua

SEMOGA KEJAYAAN MENGIRINGI KALIAN

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Sunday, February 22, 2015

Manfaatkan selagi Ada Masa

Alhamdulillah dalam singkat perjalanan waktu kita bakal bertemu lagi dalam semester yang kedua. Bagi yang sudah tahun akhir, kebanyakkannya akan menempuh pengalaman berpraktikal.

Semester yang baru ini kita dibuka dengan isu surat dari universiti kepada mahasiswa GAMIS yang mana tak perlu saya cerita panjang di sini kerana sudah hangat dibincangkan. Saya yakin kedua-dua belah pihak akan mencari solusi yang terbaik bagi menyelesaikan masalah ini atas dasar ukhuwah islamiyyah.

Prof. Dr. Yusuf al-Qardhawi ada menyebut dalam menghuraikan hadith
ان الله يلوم العجوز ولكن عليك بالكيس
yang bermaksud: Sesungguhnya Allah mencela sifat lemah, tetapi anda mestilah menjadi orang yang pintar. (Abu Daud)

Beliau menegur dengan tegas di dalam bukunya, "Di manakah kesilapan kita?"
'Jika tidak mampu bekerja seorang diri, bukankah ada baiknya menghimpunkan negara-negara ini untuk menjali kekuatan? Kemudian, dimanakah letaknya saling menyempurnakan dan saling membantu antara sesama Islam'

Di pihak Majlis Perwakilan Pelajar Usim, isu-isu kebajikan kebanyakkannya telah kami usaha untuk menyelesaikannya sebelum masalah itu menjadi lebih parah kerana "mencegah itu lebih baik dari mengubati".

Selain itu, Alhamdulillah, pihak Bendahari telah menggunakan sistem baru dan juga telah membentangkannya kepada kami. Saya optimis akan keberkesanan sistem baru ini. Namun, saya menjangkakan akan berlaku beberapa masalah dari sudut teknikal terutamanya. Tapi, saya percaya sistem ini akan membantu kita untuk melangkah setapak lebih maju.

Tambahan juga, Universiti Sains Islam Malaysia akan menyambut ulang tahun ke 15.  Di peringkat Mahasiswa/I USIM kami berbangga kerana menjadi sebahagian daripada univerisiti yang bertaraf antarabangsa ini. Justeru itu, besar harapan kami untuk melihat sinergi antara pelajar dengan pihak universiti demi memacu kegemilangan universiti dan ummah.

Di peringkat Nasional pula, saya menyeru kepada semua mahasiswa/I USIM khususnya agat membuat persiapan bagi menghadapi cukai GST yang akan berkuatkuasa bermula bulan 4 ini. Tambahan pula, keadaan ekonomi yang semakin meruncing sudah tentu menuntut pengurusan yang baik. Meskipun dunia mengalami penurunan harga minyak, kos sara hidup yang kian meningkat di kawasan Nilai  ini dengan kadar pinjaman dan penajaan yang masih lagi kekal nilainya juga memerlukan hasil pendapatan luar bagi menampung perbelanjaan.

Amirul Mukminin Saidina Umar RA, pernah berkata 'kita sekarang ini kaum yang ditimpa kehinaan, tetapi  Allah memuliakan kita dengan Islam. Tetapi bila kita mencari kemuliaan selain kepadaNya, nescaya Allah akan menimpakan kehinaan kepada kita semua!!'

Akhir kata, selamat menempuh semester yang baru,. Ayuh tingkatkan potensi diri, mendalami ilmu dengan tekun dan menjaga akhlak masing-masing untul memanfaatkan diri untuk ummah, ilmu bukan sebab mesti ditimba di tempat yang kita tahu sebab hidup itu sendiri akan memberikan kita ilmu yang kita tidak pernah tahu.

Doakan kami MPP USIM dalam jelajah beberapa IPTA seluruh Malaysia minggu ini.

"Langkah ini, langkah kita bersama"

Abdul Muiz bin Abdul Hakim
YDP MPP USIM
22 Februari 2015

ROAD TOUR MPP



Bermula pada 22 Februari 2015 hingga 26 Februari 2015, barisan Majlis Perwakilan Pelajar Usim akan mengadakan Kunjungan Hormat ke IPTA Semenanjung Malaysia bertujuan untuk bertukar-tukar pandangan dan berkongsi idea demi memastikan barisan MPP USIM akan terus memacu langkah ke hadapan seiring dengan visi dan misi.

Objektif Kunjungan Hormat MPP USIM yang melibatkan 9 IPTA yang bermula di pantai timur dan berakhir di Lembah Klang ini antara lainnya bertujuan untuk memperkenalkan barisan kepimpinan baru MPP USIM sesi akademik 2014/2015 kepada MPP IPTA yang lain dan dalam pada masa yang sama membincangkan tentang pelbagai isu kebajikan serta masalah yang berhubung dengan mahasiswa serta solusi yang praktikal, mengadakan kerjasama strategik dengan MPP IPTA pilihan bagi memajukan lagi MPP khususnya dan universiti umumnya, serta membincangkan isu-isu semasa yang berlaku di peringkat lokal dan global.

Justeru, diharapkan agar kunjungan hormat yang memakan masa selama lima hari ini bermanfaat untuk semua khususnya untuk warga UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA [USIM]​ dalam menangani isu-isu yang timbul dan semoga ibrah yang diteladani daripada MPP universiti lain dapat diimplimentasikan dalam kampus kita untuk mendaulatkan ISLAM seterusnya menjadi kampus yang menerajui peradaban Islam di rantau ini.

IMRAN RAZALLE
Biro Perhubungan Korporat dan Antarabangsa
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Sains Islam Malaysia
Sesi 2014/2015
21 FEBRUARI 2015

Saturday, February 21, 2015

SEMESTER II


[SEMESTER 2]
Kami di Pihak Majlis Perwakilan Pelajar Usim ingin mengucapkan Selamat Menempuhi Semester II sesi akademik 2014/2015 kepada seluruh mahasiswa di IPTA umumnya dan kepada mahasiswa UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA [USIM] khususnya.
Semoga semester yang baharu ini mampu memberi semangat yang baru kepada semua mahasiswa untuk menghadapi cabaran dan ujian yang bakal dihadapi. Pasanglah azam dan tekad pada semester baru ini untuk mencapai kecemerlangan di dunia dan di akhirat. Jangan pernah kita lupa harapan ibu bapa kita yang menghantar kita ke menara gading untuk melihat kita berjaya.
Jangan lupa untuk menyusun masa kalian dengan baik. Bahagilah dengan seadilnya masa itu. Gunakanlah masa itu sebaiknya untuk belajar, berpersatuan, beribadah dan lain-lain lagi. Jangan lupa juga untuk sentiasa berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam setiap apa yang kita lakukan.
Semoga semester baru ini kita mampu untuk melangkah lebih jauh.
Buat yang akan/sedang pulang ke Nilai, berhati-hati di jalan raya. Ingatlah orang yang tersayang. Buat yang telah tiba di Nilai, buatlah persediaan secukupnya bagi menghadapi semester baru ini.
LANGKAH INI LANGKAH KITA BERSAMA
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERISITI SAINS ISLAM MALAYSIA
SESI 2014/2015
21 FEBRUARI 2015

SUATU TEGURAN


[SUATU TEGURAN]
Bismillahirrahmanirrahim.
Berikutan isu panas surat kepada pelajar USIM yang mewakili kepimpinan GAMIS, kami di pihak Majlis Perwakilan Pelajar Usim mempunyai pendirian tersendiri. Kami berpendapat bahawa tindakan yang dilakukan oleh pihak universiti dan juga pihak GAMIS terutamanya saudara Mohd Imran Md Ishak dan Ahmad Fahmi Mokhtar adalah sesuatu yang tidak menguntungkan kepada ummah dan kedua-dua belah pihak.
Dengan itu, kami di sini mengambil inisiatif untuk menjadi pihak pengantara diantara kedua pihak ini dengan mencadangkan beberapa langkah ataupun ringkasnya sebuah teguran kepada Pihak Universiti dan mahasiswa GAMIS yang terlibat.
Pada pengamatan kami, surat yang dikirimkan kepada mahasiswa tersebut sebenarnya berbentuk suatu nasihat seorang ayah kepada anaknya. Dimana nasihat tersebut adalah untuk kebaikan mahasiswa yang terbabit. Cumanya, surat tersebut dihantar tanpa apa-apa perbincangan awal bersama. Sedangkan saudara Imran telah beberapa kali menurutnya cuba untuk menghubungi dan bertentang mata dengan pihak tertinggi universiti.
Oleh itu pada hemat kami:
1) Pihak universiti perlu lebih terbuka untuk tidak menyekat idealogi mahasiswa melalui gerakan-gerakan mahasiswa di luar.
2) Pihak universiti perlu terlebih dahulu membuka ruang diplomasi kepada mahasiswa untuk menyatakan hala tuju dan juga mendapatkan pandangan tentang keberadaan mereka di GAMIS.
3) Pihak universiti sepatutnya tidak terburu-buru dalam membuat kesimpulan dan menasihati untuk perletakan jawatan kerana mereka masih baru lagi dalam kepimpinan GAMIS ini. Mungkin sejarah GAMIS yang lama membuatkan satu persepsi yang buruk kepada pihak universiti.
4) Sekalipun tuduhan yang dilemparkan kepada GAMIS atas dasar tidak berdaftar, mengapa persatuan-persatuan lain yang disertai oleh mahasiswa lain juga tidak diberi surat nasihat yang sama. Apakah selama ini GAMIS menjadi ancaman kepada Universiti dan nasional?
Pada sudut pandang kami kepada GAMIS pula, surat nasihat tersebut tidak lah perlu untuk didedahkan kepada umum bagi menjaga perhubungan kedua-dua pihak. Hal ini kerana :
1) Dikhuatiri peluang diplomasi antara keduanya selepas ini akan tertutup.
2) Mengelakkan salah faham masyarakat demi menjaga nama baik GAMIS dan USIM.
3) Surat tersebut juga hanya menasihatkan tidaklah menggesa ataupun mengarahkan mereka untuk meletakkan jawatan.
4) Sebagai sebuah gerakan berentitikan Islam, barangkali GAMIS boleh mewujudkan satu model gerakan politik mahasiswa baru, sebagai alternatif kepada metod perjuangan GAMIS.
Selain itu, sebagai mahasiswa di bawah naungan USIM, Saudara Imran sepatutnya menangani keberadaan tertinggi USIM dengan cara yang berhemah. Dato Naib Canselor yang sememangnya maklum bahawa beliau terkenal dengan sikap kebersamaannya bersama pelajar pasti akan lebih terbuka. Manakala, pihak universiti pula perlu lebih berdiplomasi dengan membuka ruang dan peluang kepada mahasiswa serta menangani sesuatu isu secara berhemah.
Secara kesimpulannya, kami di barisan MPP optimis dan percaya bahawa kepimpinan GAMIS yang diketuai oleh mahasiswa USIM sudah tentu mempunyai impian untuk membawa suatu model politik baru kepada dunia gerakan mahasiswa yang berbeza daripada kepimpinan sebelumnya. Kami juga percaya tindakan yang diambil oleh pihak USIM semestinya cuba untuk melestarikan keharmonian demi keberlangsungan ummah.
Malah, kami merasakan kedua-dua belah pihak perlu memanfaatkan peluang dan kesempatan yang ada serta kembali kepada Al-Quran dan Sunnah dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan.
وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللهِ جَمِيعًا وَلاَ تَفَرَّقُوا
"Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai"(Ali Imran:103)
Justeru, kami dengan secara terbuka, menawarkan diri untuk menjadi penghubung bagi pertemuan antara pihak saudara Imran dengan Dato’ Naib Canselor USIM bersama Dato Timbalan Naib Canselor.
Yang baik kita i'tiraf, yang salah kita perbetulkan.
Kita semua berkongsi impian yang sama untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang makmur dan model Negara Islam contoh.
“Langkah Ini Langkah Kita Bersama”
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Sains Islam Malaysia
20 FEBRUARI 2015

Wednesday, February 4, 2015

SAMBUTAN ULANG TAHUN KE- 15 UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA



Bermulanya tahun 2015, Universiti Sains Islam Malaysia telah masuk ke 15 tahun sejak penubuhannya pada tahun 2000.
Sehubungan dengan itu, Pihak universiti telah mengeluarkan logo ulang tahun ke 15 USIM bagi meraikan sambutan ini.

Terdapat beberapa syarat telah ditetapkan untuk penggunaan logo ini sepanjang ulang tahun ini berlangsung. Antara syarat-syaratnya ialah:

1.  Logo Ulang Tahun ke 15 USIM TIDAK BOLEH digunakan tanpa logo USIM.

2. Logo Ulang Tahun ke 15 USIM hendaklah hanya dicetak melalui hasil seni (artwork) yang muat turun di portal web rasmi USIM atau yang diterima melalui Unit Multimedia dan Info Digital, Pusat Komunikasi Strategik (StraComm).

3. Logo Ulang Tahun ke 15 USIM tidak boleh sama sekali dilukis semula dalam apa-apa cara sekalipun. Manipulasi pada mana-mana bahagian adalah tidak dibenarkan sama sekali.

4.Penggunaan logo Ulang Tahun ke 15 untuk tujuan komersil adalah tidak dibenarkan sama sekali.





Penggunaan logo Ulang Tahun ke 15 USIM merupakan sebahagian daripada usaha penjenamaan universiti. Justeru logo Ulang Tahun ke 15 ini hendaklah digunakan bersama tanda jenama utama universiti, iaitu logo USIM disetiap bunting, banner atau bahan promosi yang lain sepanjang tahun 2015.

Untuk makluman lanjut, boleh merujuk di link berikut:

BIRO PENERANGAN DAN PENERBITAN
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
2014/2015

PENDAFTARAN KURSUS DAN CETAKAN JADUAL WAKTU KULIAH SEMESTER 2 SESI AKADEMIK 2014/2015



[PENDAFTARAN KURSUS DAN CETAKAN JADUAL WAKTU KULIAH]

PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR SARJANA MUDA UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA.

Untuk makluman semua mahasiswa sarjana muda USIM, sesi perkuliah semester 2 sesi akademik 2014/2015 akan bermula pada 23 Februari 2015 ( 23/2/2015 ).

Sehubungan dengan itu, pelajar boleh mendaftar kursus secara online dan mencetak jadual waktu kuliah melalui portal eStudent bermula daripada 18 hingga 22 Februari 2015 (RABU HINGGA AHAD).

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA