Image and video hosting by TinyPic

"BERSAMA MEMIMPIN PERUBAHAN"

Image and video hosting by TinyPic

Monday, February 8, 2016

UCAPAN DASAR YDP USIM 2015/2016

UCAPAN DASAR YANG DIPERTUA
MAJLIS PERWAKILLAN PELAJAR USIM 2015/2016
IMRAN BIN RAZALLE



Assalamualaikum Warahmatullahi wa barakatuh.
                Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan kepada Allah SWT kerana pada hari yang berbahagia ini dapat kita sama-sama dalam Majlis Watikah Perlantikan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia Sesi 2015/2016. Syukur dipanjatkan kepada Illahi kerana dikesempatan ini juga, kita masih dikurniakan nikmat untuk hidup sebagai Muslim yang beriman kepada Allah dan Rasulnya. Sesungguhnya, keimanan ini telah meletakkan kita dalam kalangan sebaik-baik ummah.
Y.Bhg. Dato’ dan sidang hadirin sekalian,

                Ternyata nama USIM sedang melakar di persada antarabangsa setelah tiga pasukan yang memenangi pertandingan di London, British. Hal ini terbukti dengan dengan beberapa pencapaian yang saya kira sangat cemerlang dan mengharumkan nama USIM itu sendiri. Oleh itu, di sini saya ingin sebutkan antara pencapaian yang terbaik supaya dapat menjadi inspirasi kepada para pelajar semua untuk lebih bersemangat mencipta kecemerlangan. Yang pertama, pengajaran ilmu naqli dan aqli yang menjadi teras sistem pendidikan di USIM ini sangat membuka mata seluruh benua. Sebagai satu-satunya IPTA yang berteraskan Islam seoenuhnya, MPP USIM berjanji akna menjadikan Islam sebagai salah satu teras utama dalam pengajaran dan pentadbiran. Oleh itu kami di peringkat MPP USIM telah bersetuju untuk menetapkan visi iaitu : Membangun Akal dan Jiwa Masyarakat USIM demi Kegemilangan Ummah.

                Statistik kehadiran pengundi pada Pilihanraya Kampus yang lepas menyaksikan seramai 5866 daripada 10088 pelajar USIM turun mengundi. Hasrat Universiti yang telah mensasarkan 80% pelajar turun mengundi tidak kesampaian apabila peratusan turun mengundi hanya sekadar mencecah 58.15%. Statistik yang menurun ini secara tidak langsung menjadi persoalan, adakah ini menggambarkan ketidakpercayaan rakan-rakan mahasiswa terhadap entiti MPP? Ataupun adakah ia menjadi tanda bahawa masih kurang kesedaran warga kampus keseluruhannya terhadap peranan kepimpinan mahasiswa. Makanya, di peringkat MPP kami akan cuba mengembalikan kepercayaan kepada mahasiswa dan membantu universiti dalam menerajui kepimpinan di kampus khasnnya dan kempimpinan social amnya.
Sidang hadirin sekalian,

Allah berfirman di dalam AlQuran,
Maksudnya: “Dan sesungguhnya akan Kami beri kamu cubaan dengan sesuatu dari ketakutan dan kelaparan dan kekurangan dari harta benda dan jiwa-jiwa dan buah-buahan, dan berilah khabar gembira kepada orang yang bersabar”. (surah Al – Baqarah: 155)

Mekanisma pembawakan kami kali ini berpandukan empat misi iaitu:
1.       Memangkin pembangunan intelektual
2.       Pemantapan spiritual bersifat holistik
3.       Kebajikan tanggungjawab bersama
4.       Pemerkasaan kemahiran insaniah

Sidang hadirin sekalian,

MEMANGKIN PEMBANGUNAN INTELEKTUAL
Intelektual menjadi keutamaan Majlis Perwakilan Pelajar 2015/2016 kali ini.  Hal ini kerana bagi menitik beratkan  kepentingan ilmu untuk disebarkan pada masyarakat kampus sekaligus dapat melahirkan mahasiswa sebagai ejen perubahan. Bahkan dapat melahirakn mahasiswa/I USIM yang berani belajar sesuatu yang baru. Nilai intelaktual dapat mencetus inovasi, kualiti dan daya saing dalam kalangan pelajar. Sebagai contoh pelaksanaan program I-Innova. Jelaslah kepada kita akan erti mahasiswa intelek itu sendiri yang mana merupakan individu yang cerdik serba serbi, jelas akan matlamat, terkehadapan, celik mata hati dan berani.  Intelektual mahasiswa itu mungkin dapat dibahagiakan kepada dua bahagian , iaitu pembinaan dan saluran. Dalam aspek pembinaan intelektual mahasiswa bukan setakat wacana dan sudut pidato sahaja ukuran bagi intelektual , bahkan ia patut diukur lebih dari itu. Sebab itulah ia pergi kepada fasa yang kedua iaitu saluran atau dapat disifatkan ‘ke mana harus disumbangkan atau dimanfaatkan intelektual mahasiswa’. Sebab itulah ukuran kepada sebak-baik manusia itu adalah manusia yang berrmanfaat. Maka intelektual itu tidaklah disempitkan pada bidang akademik sahaja, bidang lain juga tidak kita lupakan.

PEMANTAPAN SPIRITUAL BERSIFAT HOLISTIK
                Fokus kami yang kedua ialah pemantapan spiritual bersifat holistik. Unsur spiritual akan diterapkan di dalam segala aspek, bukan hanya sekadar mula majlis, tutup majlis dengan Al- Fatihah sahaja. Tetapi kali ini akan lebih kepada pelaksanaan iaitu membuktikan dengan amal. Majlis Perwakilan Pelajar kali ini akan membawakan nilai spiritual dengan memberi penerapan nilai-nilai kepimpinan Islam ke dalam setiap warga universiti. Di samping itu nilai spiritual ini turut dipraktikan dalam penyelesaian masalah dan keterlibatan pelajar dalam pemerkasaan aktiviti kerohanian dan juga pembawaan spiritual seperti program-program yang berbentuk amal Islami akan lebih diterapkan dengan lebih tersusun. Kerjasama yang mendatang dengan Pusat Islam diharapkan dapat menghidupkan jiwa-jiwa yang kosong bukan sahaja dalam kalangan mahasiswa bahkan seluruh warga universiti.

KEBAJIKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA
                Untuk kali ini, MPP membawa pendekatan ‘mendidik mahasiswa dalam konteks kebajikan’. Sebagaimana yang semua maklum, kebajikan adalah salah satu perkara yang penting dan menjadi asas kepada pembentukan Majlis Perwakilan Pelajar, tetapi dalam ingin membawakan pendekatan ini, sekongan dan bantuan dari mahasiswa amatlah diperlukan. Justeru itu, kami di barisan Majlis Perwakilan Pelajar ingin mengajak mahasiswa untuk cakna dan mengambil tindakan dalam apa-apa permasalahan. Sebagai contoh, permasalahan-permasalahan yang berlaku terhadap siswi, bukan sahaja diselesaikan oleh siswi dan pihak-pihak yang terlibat sahaja, akan tetapi keterlibatan semua pihak juga diperlukan dalam menyelesaikan masalah ini.

Allah SWT berfirman:
Maksudnya : “Bukanlah menghadapkan wajahmu kea rah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah sesiapa yang beriman kepada Allah, hari keudian, malaikat- malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberi harta yang dicintainya kepada kerabattnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir(yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta; da (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan solat dan menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar(imannya); dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al Baqarah: 177)

PEMERKASAAN KEMAHIRAN INSANIAH
                Fokus yang terakhir ialah pemerkasaan kemahiran insaniah. Perkara ini selari dengan falsafah USIM yang menekankan integrasi ilmu naqli dan aqli dalam tujuan melahirkan mahasiswa yang bermanfaat kepada ummah khususnya sebagai Problem Solver dengan idea dan pendekatan yang baru. Melihat kepada modul Graduan Intergrasi Ilmu Naqli dan Aqli (GIINA), terdapat tiga pendekatan yang diutamakan iaitu holistik, keusahawanan dan seimbang yang merupakan satu lonjakan yang baik yang dibawa oleh universiti. Elemen-elemen ini juga diterapkan dalam setiap biro Majlis Perwakilan Pelajar demi menyahut baik perancangan USIM ini ke arah USIM ’16. Model GIINA ini penting dan saya merasakan setiap daripada mahasiswa perlu menghayati modul ini seterusnya mengimplementasikannya untuk melahirkan mahasiswa yang berdaya maju yang mampu kembali ke masyarakat dan menyumbang kepada ummah.


SIdang hadirin sekalian,

Universiti ini ibarat negara Kita, maka kitalah yang akan mencoraknya. Jika kita mahu melihat negara ini dicorakkan menjadi hitam, kearah itulah seharusnya usaha kita. Andaikata yang sebaliknya, maka sebaliknya jugalah usaha kita. Pendek kata, usaha itu perlu selari dengan apa yang kita ingin capai pada akhirnya.
Jadi, ayuh warga USIm, bulatkan tekad, tanamkan azam, dan bersama menggembeleng tenaga membina akal dan jiwa seluruh warga usim berteraskan Ilmu Naqli dan Aqli. Sebelum mengakhiri ucapan ini, saya dengan rendah hati mengucapkan ribuan tahniah dan terima kasih kepada kempimpinan MPP yang lama dibawah pimpinan Abdul Muiz Abdul Hakim. Diharapkan Allah mengganjari stiap titik peluh keringat pengorbanan mereka untuk masyarakat USIM. Tidak ketinggalan juga kepada ayahanda Dato’ NC dab barisan kepmpinan university yang sentiasa berusaha mengangkasa nama university dan membangunkan pelajar baik aspek akademik mahupun sahsiah.

                Harapan saya, agar kepercayaan yang diberi ini akan dimanfaatkan sebaiknya. Disamping melatih diri kami untuk menjadi pemimpin untuk ummah, kami juga akan sentiasa berusaha untuk membawa university kearah yang lebih baik demi merealisasikan visi university kita bersama.


Segala yang baik itu daripada Allah dan buruk itu adalah kelemahan saya sendiri, hakikatnya segalanya dating dari yang maha esa. Wabillahi taufik wal hidayah waalaikum salam warahmatullah wabarakatuh.

0 ulasan:

Post a Comment