USIM KRA

Holistic Student Development dan Daya gaji Graduan | Program Pengajian Tersohor | Cendikiawan Tersohor | Modal Insan Inovatif | Kebebasan Kewangan | Pentadbiran Berintegriti

Universiti Sains Islam Malaysia | USIM : Simply Inspiring

MISI USIM : Bertekad menjadi sebuah institusi ilmu yang terkehadapan berteraskan pengajian Islam bagi menyelesaikan isu-isu masyarakat dan Islam.

Aduan Siswa Online @ JPPP USIM

Suarakan aduan/mesej/makluman/cadangan anda kepada kami secara maya

Majlis Ramah Mesra JPPP USIM bersama Pelajar Luar Kampus

Perhatian kepada mereka yang menetap di Jati Park, Desa Anggerik, Desa Kasia, Desa Kolej, Desa Melati dan Desa Indah

Tuesday, May 29, 2012

Kenyataan Rasmi JPPP Berhubung HBN 2012





1. JPPP menyokong 100% niat murni Kementerian Belia dan Sukan untuk menghargai peranan belia Malaysia dalam pembangunan ekonomi, politik dan sosial negara.

2. Penganjuran Hari Belia Negara adalah satu usaha yang baik oleh pihak KBS untuk meraikan belia Malaysia dengan pelbagai aktiviti dan program menarik.


3. Antara segmen-segmen bermanfaat yang dianjurkan adalah Modal Insan, Uniform, Y- Avenue, Karnival Kerjaya dan Education Fair (sekadar menyebut beberapa segmen) dan pelbagai lagi segmen yang menarik dan patut disertai oleh para belia


4. Walaubagaimanapun, kami sedikit terkilan dengan segmen Himpunan Jutaan Belia yang menampilkan artis-artis tempatan dan luar negara dalam konsert besar-besaran tersebut.


5. Percampuran bebas lelaki dan perempuan dan artis-artis yang berpakaian mencolok mata adalah sesuatu yang tidak sepatutnya ada di Malaysia memandangkan Islam adalah agama rasmi Malaysia seperti yang diiktiraf dalam perlembagaan negara.


6. Kami selaku wakil mahasiswa Islam berharap, semoga pendekatan KBS kepada belia dalam hal ini dapat diteliti pada masa akan datang semula demi kemaslahatan pembangunan belia, agama dan negara 

Friday, May 25, 2012

Dua Mahasiswa USIM Dalam Imam Muda Musim Ketiga



MENINJAU kembali pengembaraan program realiti berunsur ketuhanan, Imam Muda sepanjang dua musim terdahulu, kandungan utama saluran Astro Oasis ini tidak sekadar menerima sambutan hangat malah mencetus fenomena tersendiri malah.
Tidak hairan publisiti dan penjenamaan yang diberikan kepada program pencarian pelapis imam ini menjengah ke peringkat antarabangsa selain berjaya meletakkan Imam Muda di gelanggangnya tersendiri.
Kali ini, musim ketiganya, Imam Muda menjanjikan sesuatu yang lebih menarik dengan membariskan 10 wajah berilmu tinggi serta konsep penerbitannya yang menyuntik beberapa pembaharuan.
Menurut Pengurus Besar Saluran Astro Oasis, Izelan Basar yang menyifatkan Imam Muda sebagai pelantar antarabangsa yang perlu diberi perhatian, percaya musim ketiganya ini akan lebih memberikan kelainan baik kepada penonton mahupun pesertanya sendiri.
“Tema Perhubungan Kekeluargaan yang kami angkat kali ini akan mencerminkan keseluruhan idea dalam penerbitannya. Musim ketiga ini kami memperkenalkan penyertaan secara online memandangkan begitu ramai yang ingin turut sama, namun berdepan dengan masalah pengangkutan, kewangan dan kekangan masa. Lantas dengan adanya penyertaan secara online, mereka hanya perlu menghantarkan video mengaji dan profil diri hanya menerusi emel dan rangkaian talian lain.
“Pihak produksi menerima penyertaan dari negara jiran seperti Thailand, Kemboja dan Brunei dengan peningkatan sebanyak 32 peratus penyertaan berbanding musim lalu. Pihaknya turut menerima 301 penyertaan online dan kebanyakan yang membuat permohonan itu adalah penuntut di luar negara seperti Jordan, Mesir, Brunei dan Indonesia.
“Daripada jumlah itu tiga peserta berjaya menjadi 10 peserta akhir selepas menjalani uji bakat secara online yang mana kami tetap meletak barisan juri profesional untuk menilai uji bakat mereka itu,” katanya yang turut mengatakan juara Imam Muda kali ini akan membawa pulang RM100,000 sebagai hadiah utamanya.
Masih mengekalkan Datuk Mahmud Al-Hafiz sebagai Mudir (Pengetua), Imam Muda musim terbaru ini turut menyaksikan kemunculan peserta musim lalu iaitu Asyraf dan Hizbur mengalas tanggungjawab sebagai Mursyid (Mentor).
Menariknya lagi, Mudir dan Mursyid akan dibantu oleh barisan Naqib (Tenaga Pengajar) yang terdiri daripada barisan Imam Muda musim sebelumnya.
“Naqib adalah tenaga pengajar yang membantu memimpin kesemua peserta musim ini untuk berjalan pada landasan yang tepat. Kiranya mereka bertindak sebagai sahabat yang berkongsi ilmu dan pengalaman masing-masing agar peserta musim ketiga ini mendapat pendedahan yang lebih baik.
“Maklumlah mereka semua sudah mengutip pengalaman baik menghadiri majlis-majlis formal, jemputan ke istana, majlis korporat, temu bual media dan bermacam-macam lagi. Justeru Naqib inilah yang akan bersama peserta musim ketiga yang dipilih berada di bawah naungannya untuk membimbing mereka.
“Jika peserta itu tersingkir dari gelanggang Imam Muda, maka Naqib itu juga akan tersingkir sekali. Tanggungjawab mereka besar untuk memastikan ‘anak buah’ tidak lekas disingkirkan,” katanya lagi.
Imam Muda musim ketiga menampilkan 10 wajah muda termasuk 2 orang mahasiswa USIM iaitu Abdul Rahman Naufal Mohd Hatta (IM Naufal) dari program Sains Aktuari dan Pengurusan Risiko, FST dan Mohammad Azri Naim Mohd Kamal dari program Bahasa Arab dan Komunikasi, FPBU
Bagi Naufal yang mula menghafal Al-Quran sejak berusia 13 tahun lagi, rezekinya diterima masuk ke Imam Muda ibarat diberikan peluang kedua untuk menuntut ilmu selain berpeluang mengukur kemampuan diri sendiri.
“Saya bersyukur kerana akhirnya doa saya dan keluarga itu dimakbulkan. Alhamdulillah saya berjaya ke peringkat ini dan sudah tentu soal menang atau kalah bukan lagi menjadi keutamaan, sebaliknya apa yang saya inginkan adalah berada di dalam institusi ini dan terus mencungkil seberapa banyak ilmu yang boleh,” katanya.
Petang Selesa lalu, majlis sidang media memperkenalkan barisan peserta dan pelancaran musim ketiganya diadakan di Hotel Crowne Plaza dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Masitah Ibrahim.
Imam Muda musim ketiga yang akan dihoskan oleh Akhil Hayy akan mula disiarkan pada 1 Jun ini, jam 9 malam menerusi Astro Oasis dan saluran 134 Astro Mustika HD sementara episod pengenalannya akan menemui penonton bermula 28 Mei hingga 31 Mei ini jam 6.30 petang. Ikuti perkembangan dan aktiviti harian mereka menerusi Kapsul Imam Muda setiap Isnin hingga Khamis jam 6.50 petang.

Saturday, May 12, 2012

Senarai Penerima Bantuan Zakat





Sukacita dimaklumkan bahawa Pihak Pengurusan USIM telah meluluskan 225 permohonan Bantuan Zakat Pelajar bagi tahun 2011. Sehubungan dengan itu, disertakan senarai nama pelajar yang berjaya menerima bantuan zakat tersebut

Senarai Penerima Bantuan Zakat


Untuk makluman, pembayaran adalah dibuat secara terus ke akaun pelajar atau melalui cek yang boleh didapati di Unit Penajaan, Kebajikan dan Tatatertib, HEP.


Jawatankuasa Peralihan Perwakilan Pelajar mengucapkan tahniah kepada pelajar yang menerima bantuan. Bantuan yang diperoleh, hendaklah digunakan dengan bijak dan berhemah. Harap maklum.


Sumber: eWadi

Thursday, May 10, 2012

Kejadian Pecah Rumah Di USIM Pandan Indah



1. Rumah siswi Tahun Lima Sarjana Muda Pergigian di Kolej Kediaman Glenview (Pandan) Tingkat 13 telah diceroboh. Penceroboh masuk dgn memotong grail di bahagian tepi rumah (bahagian ampaian).


2. Laporan pada semua pihak berwajib telah dibuat dan masih dlm proses siasatan dari pihak Pengawal USIM dan  pihak pengurusan kondominium Glenview.


3. Anggaran sebenar kerugian masih dalam perkiraan (7 buah laptop dicuri, cincin, charger telefon bimbit, hardisk dan barang-barang lain) Masa berlaku dianggar pd pukul 3 petang (8 Mei 2012). 


4. Lawatan ke tempat kejadian dari JAKSA KK Pandan, wakil JPPP Pandan Indah dan Pengetua Kolej Kediaman serta Ketua Pengawal USIM. Segala perkembangan seterusnya akan menyusul


5. Doakan semoga dipermudahkan segala urusan, mangsa tabah mnghadapi ujian ini.

“Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami akan kembali. Ya Allah, berilah pahala kepadaku dan gantilah yang lebih baik” (HR. Muslim 2/632).

Hanif Rashid

Wakil Jawatankuasa Peralihan Perwakilan Pelajar USIM Pandan Indah -
"FOR STUDENTS, BY STUDENT"

Tuesday, April 10, 2012

Aduan Online : Bookdrop di PKP dan Mesin ATM

Jawapan 
1. Bookdrop di PKP tidak rosak. Ia ada dua kemungkinan.
    a) Buku sudah penuh di dalam bookdrop
    b) Jika bookdrop tidak penuh tetapi resit tidak keluar, kemungkinan mesin sudah kehabisan    resit. 


Walaubagaimanapun, pihak kami menghargai keprihatian anda terhadap masalah ini. Sekiranya anda dapati mesin masih bermasalah mohon hubungi / beritahu pihak Perpustakaan USIM untuk tindakan sewajarnya.di talian : Pegawai Unit Sirkulasi 06-798 6207 ATAU  Meja Penasihat Pengguna 06-798 6255


2. InsyaAllah, kami akan bawa dalam pertemuan dengan pihak pentadbiran akan datang.

Thursday, April 5, 2012

Aduan Online : Program Fundraising Pembinaan Surau Desa Kasia

Solusi dari JPPP USIM

1. Pada 3 April 2012, telah diadakan satu Majlis Ramah Mesra antara JPPP USIM dan pelajar luar kampus (Jati Park, Desa Kasia, Desa Anggerik, Desa Melati, Desa Indah dan Desa Kolej)

2. OCSS (Out Campus Student Society) telah ditubuhkan dalam perjumpaan tersebut dan dipengerusikan oleh saudara Fikri Muharam. Wakil setiap taman perumahan juga telah ditetapkan. Pihak OCSS masih dalam proses untuk mengumpul data terkini pelajar USIM di setiap taman perumahan. Wakil bagi Desa Kasia adalah saudara Fadhil Mohamad . Beliau boleh dihubungi di talian 019 5285457.

3. Untuk makluman, satu group di Facebook juga telah dibuat bagi mengumpulkan pelajar-pelajar USIM yang menetap di Desa Kasia. Sila klik di sini untuk menjadi ahli. 

4. Kami amat mengalu-alukan dan berbangga dengan kesudian mahasiswa/i USIM di Desa Kasia untuk turun padang bersama dengan masyarakat. Itulah peranan sebenar mahasiswa. Semoga dengan adanya OCSS,  kebajikan pelajar USIM di luar kampus lebih terjamin  dan masyarakat setempat lebih terkesan dengan keberadaan pelajar USIM bersama mereka.

Tuesday, April 3, 2012

Majlis Ramah Mesra JPPP Bersama Pelajar Luar Kampus



Isu pecah rumah, kecurian, rompakan dan lain-lain isu yang melibatkan kebajikan pelajar luar kampus semakin meruncing kini. Masalah utama yang dikenalpasti adalah tiada satu badan khas yang memantau kebajikan pelajar luar kampus.


Justeru, JPPP USIM mengambil inisiatif untuk mengadakan Majlis Ramah Mesra JPPP USIM bersama Pelajar Luar Kampus (Jati Park, Desa Anggerik, Desa Kasia, Desa Kolej, Desa Melati dan Desa Indah) pada 3 April 2012 bertempat di DKF 1.2 FKP bermula jam 8 malam. Fokus utama majlis ini adalah bagi memberi peluang kepada pelajar luar kampus menyuarakan cadangan dan aduan terutamanya bagi hal kebajikan pelajar luar kampus. 

Selain itu, satu undian kecil  akan diadakan bagi memilih jawatankuasa Out Campus Student Society (OCSS) yang mana akan diketuai oleh saudara Fikri Muharam selaku wakil dari JPPP USIM.



Semua pelajar luar kampus dijemput hadir. Jamuan disediakan. Harap maklum

Friday, March 30, 2012

Aduan Online : Buku Sedikit Di Perpustakaan


Jawapan dari pihak Perpustakaan USIM

Salam,

Saudara/i,

Terima kasih kerana memanjangkan aduan yg telah diterima kpd kami.

Kami berharap benar supaya pengadu dapat tampil ke hadapan berjumpa dengan kami agar kami dapat maklumat lanjut berkaitan dengan bahan-bahan yg diperlukan olehnya. Dengan itu, kami boleh membuat analisa keperluan pengguna mengikut subjek dan memudahkan kami untuk berurusan secara langsung dengan pensyarah bagi program terbabit. Ini kerana, untuk makluman, pihak kami hanya dibenarkan membeli bahan-bahan yg telah dicadangkan oleh pensyarah-pensyarah. Para pelajar juga boleh membuat cadangan pembelian bahan melalui pensyarah masing-masing.

Sebagai tambahan, sehingga ke hari ini perpustakaan USIM menyediakan hampir 70,000 naskah bahan bercetak serta 2 juta bahan artikel dalam pangkalan data atas talian.
Daripada jumlah tersebut, hampir 50% bahan tidak dipinjam oleh pengguna. 

Salah satu punca yang kami dapat kenal pasti berkaitan aduan seumpama ini adalah kebanyakan pelajar kurang mahir menggunakan kemudahan untuk pencarian bahan. Sehubungan itu, diharap para pelajar dapat merujuk terus ke Meja Penasihat Pengguna yg dikendalikan oleh Pustakawan profesional bagi mendapatkan nasihat berkaitan pencarian bahan khususnya.

Akhir kalam, diharap sangat supaya pengadu sebenar dapat menampilkan diri dan berjumpa dengan Pustakawan di Bahagian Perkhidmatan supaya perkara ini dapat diurai dan bersama kita mendapat manfaat darinya.

Sekian, terima kasih.

JPPP USIM Ziarah Pelajar USIM Di Hospital Serdang


Dari kiri ; Razif, Izat, Salehuddin (di tengah), Fikri dan Arifulrahman
28 Mac 2012 – Beberapa ahli Jawatankuasa Peralihan Perwakilan Pelajar (JPPP) yang diketuai oleh Pengerusi, Saudara Mohamad Izat Hafizullah Mohd Rafi menziarahi 2 orang pelajar USIM yang kini dtempatkan di Hospital Serdang pada jam 6 petang 28 Mac yang lalu. Program ini turut disertai mantan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 2011, saudara Ibrahim Hussin Ibrahim Hussin. Mereka adalah :

1.   1. Mahasiswa Fakulti Ekonomi dan Muamalat Tahun 3, Sallehudin yang ditimpa kemalangan di bulatan Iqra’ USIM sewaktu hujan lebat pada hari Isnin dengan menaiki motosikal. Beliau patah sebelah tangan dan kaki dalam kemalangan tersebut.

2.   2. Mahasiswi Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Tahun 2, Nor Azilawanie menghidap sakit belakang (masalah saraf) selepas mesyuarat bersama Persatuan Mahasiswa Pengajian Akidah dan Agama, FKP.  Kini, beliau sedang menjalani rawatan fisioterapi di sana. 

Kami dari barisan kepimpinan JPPP mendoakan semoga mereka sembuh seperti sediakala dan dapat kembali ke kampus, meneruskan pengajian seperti biasa. Justeru itu, peringatan kepada warga USIM agar menjaga kesihatan dan memandu dengan berhemat di jalan raya.

Azilawani sedang berbual bersama Timbalan JPPP, Maisarah Rafie (tiada dalam gambar).
Turut kelihatan,S/U JPPP, Nur Izzati Idris dan Wajihah (membelakangi kamera)

~ For Students By Students~

Wednesday, March 28, 2012

Makluman Berkenaan Anugerah Kecemerlangan Siswa (AKSIS) 2011




Dimaklumkan Bahagian Hal Ehwal Pelajar akan menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan Siswa (AKSIS) 2011. Pencalonan bagi kategori individu dan berpasukan kini telah dibuka. Syarat dan borang penyertaan boleh diperolehi dalam laman web Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Tarikh akhir penyerahan borang pencalonan penyertaan adalah pada 27 April 2012 (Jumaat).
Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Encik Irwan Shah Abd Razak di nombor talian 06-7986159 atau emel pej.ukep@usim.edu.my atau Puan Zaharah Zainal Abidin di nombor talian 06-7986153 atau emel zaharah@usim.edu.my .

Monday, March 26, 2012

Barisan JPPP USIM


Sukacita dimaklumkan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar 2012 akan dilaksanakan pada bulan September 2012. Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Peralihan Perwakilan Pelajar dibentuk untuk melaksanakan fungsi-fungsi Majlis Perwakilan Pelajar sebagaimana diperuntukkan dalam Perkara 57 (10) (a)-(e) Perlembagaan Universiti Sains Islam Malaysia. Jawatankuasa ini dibentuk setelah mengambil kira bahawa tempoh Majlis Perwakilan Pelajar 2011 sedia ada tamat pada 15 Mac 2012.

Jawatankuasa ini akan melaksanakan fungsi-fungsi Majlis Perwakilan Pelajar tersebut dari tempoh 15 Mac 2012 sehingga Notis Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar 2012 yang dijangka dikeluarkan pada 14 September 2012.
 

Pengerusi
Mohamad Izat Hafizullah Mohd Rafi (MPP)
Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa
Fakulti Syariah dan Undang-Undang
013 9697206

Timbalan Pengerusi
Maisarah binti Mohamed Rafie (MPP)
Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang
Fakulti Syariah dan Undang-Undang 
013 9264999

Setiausaha
Nur 'Izzati binti Idris (MPP)
Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa
Fakulti Syariah dan Undang-Undang 
013 3094804

Timbalan Setiausaha
Nur Shuhada binti A. Halim (MPP)
Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa
Fakulti Syariah dan Undang-Undang 
019 5509225

Bendahari
Muhammad Arifulrahman bin Arifin (MPP)
Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah
Fakulti Quran dan Sunnah
013 2171547

Ahli
Norhusma binti Husin (MPP)
Sarjana Muda Pengajian Akidah dan Agama
Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan
013 7570530

Mohd Hanif bin Mohd Abd Rashid (MPP)
Sarjana Muda Pembedahan Pergigian
Fakulti Pergigian
013 2466204

Nor Wajihah binti Atiqullah (SekreFAST)
Sarjana Muda Bioteknologi Makanan
Fakulti Sains dan Teknologi
014 5154903

Maisarah binti Ibrahim (JAKSA KK1)
Sarjana Muda Perakaunan
Fakulti Ekonomi dan Muamalat
019 6232440

Fikri bin Moharam (PMFKP)
Sarjana Muda Dakwah dan Pengurusan Islam
Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan
013 8985334

Mohd Nazmin bin Md Yusoff (SekreFAST)
Sarjana Muda Teknologi Kimia Industri
Fakulti Sains dan Teknologi 
012 4269930

Akmal Khalis bin Doreyat (JAKSA Pandan Indah)
Sarjana Muda Pembedahan Pergigian
Fakulti Pergigian
017 7585262

Mohamad Razif Mohamad Fuad (SPMM)
Sarjana Muda Pengajian Akidah dan Agama
Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan
019 5138583