Image and video hosting by TinyPic

"BERSAMA MEMIMPIN PERUBAHAN"

Image and video hosting by TinyPic

Monday, November 12, 2012

Kursus Pembangunan Kompetensi dan Integriti MPP USIM





RANTAU, 11 November – Seramai 60 peserta yang terdiri daripada barisan kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USIM dan ahli Sekretariat MPP USIM telah menjalani Kursus Pembangunan Kompetensi dan Integriti MPP USIM yang bertempat di Rantau Agro Park, Negeri Sembilan mulai 9 hingga 11 November 2012.

Kursus yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar USIM sesi 2012/2013 ini bertujuan untuk membina semangat kerja berpasukan, meningkatkan persefahaman antara MPP USIM dan ahli jawatankuasa setiap exco yang dilantik (Sekretariat MMP USIM) serta memperkukuh strategi, perancangan dan pelaksanaan program-program yang akan dilaksanakan kelak.

Kursus selama tiga hari yang membawa tema ‘Persefahaman dan Berdedikasi’ ini dimuatkan dengan pelbagai slot dan sesi LDK (Latihan Dalam Kumpulan) yang memberi manfaat kepada para peserta. Antaranya ialah sesi Ice Breaking, slot Pembentangan dan Perbincangan Hala Tuju MPP yang dibentangkan oleh Yang di Pertua (YDP) MPP USIM; Saudara Mohamad Razif, slot Komunikasi Berkesan dan Personality Grooming oleh  En. Syafful Anuar (Penolong Pendaftar PPKI) dan Sharing Moment bersama Mantan YDP MPP USIM; Ustaz Nisar Mohammad yang kini berkhidmat sebagai pensyarah di Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) USIM.

Selain itu, kursus ini juga amat menguji ketahanan mental dan fizikal para peserta melalui pelbagai aktiviti mencabar yang telah disediakan oleh pihak Rantau Agro Park. Walaupun keadaan cuaca yang tidak menentu sepanjang berada di sana, para peserta masih bersemangat untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti luar seperti flying fox, nightwalk, obstacle race dan sebagainya.

Di akhir kursus, para peserta diberi peluang untuk menjana idea dan melontarkan pendapat mereka dalam slot refleksi dan resolusi bagi merancang strategi yang akan dilaksanakan di kampus sepulangnya mereka daripada kursus.

Kursus ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Encik Muhammad Rahmat Abdullah, Penolong Pendaftar Bahagian Hal Ehwal Pelajar USIM untuk merasmikan majlis penutup pada hari Ahad, 11 November. Para peserta bertolak pulang ke kampus pada jam 3 petang.

Sumber gambar: sini

0 ulasan:

Post a Comment