Image and video hosting by TinyPic

"BERSAMA MEMIMPIN PERUBAHAN"

Image and video hosting by TinyPic

Monday, November 12, 2012

FAQs | USIM Library




            Previously, Academic & Intellectual Bureau of SRC USIM had conducted a survey among students to identify some issues and problem regarding the USIM Library. In order to address the arising issues, representatives from SRC USIM including the President; Mohamad Razif bin Mohamad Fuad had set a meeting with USIM Chief Librarian, Mr. Jasmin bin Jaimon on 8 November 2012 at the Library’s Meeting Room (Level 4).

            These FAQs will give you the details of the meeting. If you need further clarification about USIM Library that is not covered here or elsewhere on this website, please click here. Thank you.

***

From left: Mohd Izzat, Mohammad Safwan, Mr. Jasmin Jaimon and Mohamad Razif.
 (Not in picture: Nadrahtul Huda and Fatimah Azzahra')
 


            Biro Akademik dan Pembangunan Intelektual MPP USIM telah menjalankan survey dalam kalangan para pelajar untuk mengenal pasti isu dan masalah yang berkaitan Perpustakaan USIM. Pada 8 November lalu; bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Perpustakaan USIM (Aras 4), beberapa orang wakil daripada Majlis Perwakilan Pelajar termasuk Yang di Pertua MPP; Saudara Mohamad Razif bin Mohamad Fuad telah mengadakan satu pertemuan dengan Ketua Pustakawan USIM, En. Jasmin bin Jaimon untuk mendapatkan penjelasan mengenai beberapa isu yang telah diutarakan oleh para pelajar.

            Berikut merupakan hasil perbincangan yang telah dijalankan. Sekiranya anda masih memerlukan penjelasan lanjut mengenai Perpustakaan USIM, sila salurkan di sini. Terima kasih.


Isu Lokasi

            Hal ini adalah di luar kemampuan pihak perpustakaan untuk mengubahnya. Pelan asal adalah untuk meletakkan perpustakaan dan masjid di tengah-tengah di antara kolej kediaman dan fakulti-fakulti.


Isu Etika Pemakaian

            Pihak perpustakaan hanya bertindak berlandaskan etika pemakaian yang telah ditetapkan oleh USIM. Pemakaian pada waktu malam adalah lebih fleksibel, namun pengguna haruslah bersopan dan menutup aurat.


Isu Larangan Membawa Beg ke dalam Perpustakaan

            Pihak perpustakaan sendiri telah membuat survey terhadap perpustakaan di IPT lain. Hasil survey menunjukkan bahawa bilangan staf yang terhad untuk memantau menyebabkan pengguna tidak dibenarkan membawa beg ke dalam perpustakaan kerana dikhuatiri membawa makanan, minuman, peralatan tajam dan sebagainya ke dalam perpustakaan dan membawa keluar bahan-bahan milik pihak perpustakaan tanpa kebenaran.


Isu Kekurangan Bahan Rujukan

            Pihak Perpustakaan USIM telah menerima cadangan pembelian buku/bahan rujukan daripada para pensyarah untuk dibeli dan dijadikan koleksi perpustakaan. Untuk tahun ini, hampir RM200,000 telah diperuntukan untuk pembelian bahan cetakan. Diingatkan agar para pengguna dapat memastikan kewujudan buku yang dicari terlebih dahulu di perpustakaan USIM, sebelum ke perpustakaan lain. Pengguna boleh mencadangkan pembelian sebarang buku yang dirasakan perlu melalui pensyarah dan Dekan Fakulti masing-masing. (klik di sini untuk borang cadangan pembelian bahan bercetak)    

Pihak perpustakaan juga menyediakan kemudahan peminjaman bahan bercetak daripada perpustakaan lain untuk para pengguna. Permohonan boleh dilakukan dengan mengisi borang di laman sesawang Perpustakaan USIM.


Isu Kemudahan Book Drop Machine

            Pihak perpustakaan telah berusaha untuk menyediakan dan membaiki servis Auto Machine ‘Bookdrop’ terutamanya di PKP. Disebabkan kos penyelenggaraan mesin berkenaan amat tinggi, pihak perpustakaan menasihatkan para pengguna agar menggunakan perkhidmatan yang disediakan sebaik mungkin kerana kerosakan mesin tersebut berpunca sebahagiannya daripada pengguna sendiri (seperti  menolak buku masuk sebelum pintunya dibuka dan memasukkan lebih daripada satu buku dalam satu masa). Namun demikian, pihak perpustakaan sentiasa mencuba untuk memperbaiki perkhidmatan berkenaan dari semasa ke semasa.

Diingatkan juga kepada para pengguna supaya memastikan resit pulangan buku diterima sebagai bukti dan rekod untuk mengelakkan sebarang masalah pada masa hadapan.


Isu Kad Fotostat

            Pihak perpustakaan tidak dibenarkan mengutip wang ringgit secara tunai daripada pengguna untuk tujuan pembayaran fotostat. Cara yang paling mudah ialah dengan penggunaan kad fotostat yang boleh dibeli di PKP atau di Kaunter Sirkulasi Perpustakaan USIM. Perkhidmatan mesin fotostat di perpustakaan dikendalikan oleh Koperasi Kakitangan USIM. Namun demikian, pihak perpustakaan juga menyediakan kemudahan scanning di kaunter tingkat 3. Pihak Perpustakaan sedang berusaha untuk mendapatkan syarikat perkhidmatan fotostat yang lebih baik.


Isu Kafe dan Kebenaran Membawa Makanan

            Pihak perpustakaan berusaha untuk menjaga premis perpustakaan sebaik mungkin terutamanya daripada makhluk perosak seperti lipas, tikus dan lain-lain. Justeru, pengguna hanya dibenarkan makan dan minum di ruang yang telah disediakan di aras satu perpustakaan. Walaubagaimanapun, pihak perpustakaan sedang mengusahakan kafe di kawasan sekitar perpustakaan (luar bangunan) untuk kemudahan staf dan pengunjung perpustakaan.


Lain-lain

            Pihak perpustakaan amat menggalakkan para pengguna untuk menghadiri Kelas Pendidikan Pengguna secara percuma di Perpustakaan USIM untuk mengetahui koleksi, kemudahan dan perkhidmatan perpustakaan dengan lebih mendalam. Maklumat lanjut boleh didapati di laman web Perpustakaan USIM.



0 ulasan:

Post a Comment