Image and video hosting by TinyPic

"BERSAMA MEMIMPIN PERUBAHAN"

Image and video hosting by TinyPic

Saturday, February 21, 2015

SUATU TEGURAN


[SUATU TEGURAN]
Bismillahirrahmanirrahim.
Berikutan isu panas surat kepada pelajar USIM yang mewakili kepimpinan GAMIS, kami di pihak Majlis Perwakilan Pelajar Usim mempunyai pendirian tersendiri. Kami berpendapat bahawa tindakan yang dilakukan oleh pihak universiti dan juga pihak GAMIS terutamanya saudara Mohd Imran Md Ishak dan Ahmad Fahmi Mokhtar adalah sesuatu yang tidak menguntungkan kepada ummah dan kedua-dua belah pihak.
Dengan itu, kami di sini mengambil inisiatif untuk menjadi pihak pengantara diantara kedua pihak ini dengan mencadangkan beberapa langkah ataupun ringkasnya sebuah teguran kepada Pihak Universiti dan mahasiswa GAMIS yang terlibat.
Pada pengamatan kami, surat yang dikirimkan kepada mahasiswa tersebut sebenarnya berbentuk suatu nasihat seorang ayah kepada anaknya. Dimana nasihat tersebut adalah untuk kebaikan mahasiswa yang terbabit. Cumanya, surat tersebut dihantar tanpa apa-apa perbincangan awal bersama. Sedangkan saudara Imran telah beberapa kali menurutnya cuba untuk menghubungi dan bertentang mata dengan pihak tertinggi universiti.
Oleh itu pada hemat kami:
1) Pihak universiti perlu lebih terbuka untuk tidak menyekat idealogi mahasiswa melalui gerakan-gerakan mahasiswa di luar.
2) Pihak universiti perlu terlebih dahulu membuka ruang diplomasi kepada mahasiswa untuk menyatakan hala tuju dan juga mendapatkan pandangan tentang keberadaan mereka di GAMIS.
3) Pihak universiti sepatutnya tidak terburu-buru dalam membuat kesimpulan dan menasihati untuk perletakan jawatan kerana mereka masih baru lagi dalam kepimpinan GAMIS ini. Mungkin sejarah GAMIS yang lama membuatkan satu persepsi yang buruk kepada pihak universiti.
4) Sekalipun tuduhan yang dilemparkan kepada GAMIS atas dasar tidak berdaftar, mengapa persatuan-persatuan lain yang disertai oleh mahasiswa lain juga tidak diberi surat nasihat yang sama. Apakah selama ini GAMIS menjadi ancaman kepada Universiti dan nasional?
Pada sudut pandang kami kepada GAMIS pula, surat nasihat tersebut tidak lah perlu untuk didedahkan kepada umum bagi menjaga perhubungan kedua-dua pihak. Hal ini kerana :
1) Dikhuatiri peluang diplomasi antara keduanya selepas ini akan tertutup.
2) Mengelakkan salah faham masyarakat demi menjaga nama baik GAMIS dan USIM.
3) Surat tersebut juga hanya menasihatkan tidaklah menggesa ataupun mengarahkan mereka untuk meletakkan jawatan.
4) Sebagai sebuah gerakan berentitikan Islam, barangkali GAMIS boleh mewujudkan satu model gerakan politik mahasiswa baru, sebagai alternatif kepada metod perjuangan GAMIS.
Selain itu, sebagai mahasiswa di bawah naungan USIM, Saudara Imran sepatutnya menangani keberadaan tertinggi USIM dengan cara yang berhemah. Dato Naib Canselor yang sememangnya maklum bahawa beliau terkenal dengan sikap kebersamaannya bersama pelajar pasti akan lebih terbuka. Manakala, pihak universiti pula perlu lebih berdiplomasi dengan membuka ruang dan peluang kepada mahasiswa serta menangani sesuatu isu secara berhemah.
Secara kesimpulannya, kami di barisan MPP optimis dan percaya bahawa kepimpinan GAMIS yang diketuai oleh mahasiswa USIM sudah tentu mempunyai impian untuk membawa suatu model politik baru kepada dunia gerakan mahasiswa yang berbeza daripada kepimpinan sebelumnya. Kami juga percaya tindakan yang diambil oleh pihak USIM semestinya cuba untuk melestarikan keharmonian demi keberlangsungan ummah.
Malah, kami merasakan kedua-dua belah pihak perlu memanfaatkan peluang dan kesempatan yang ada serta kembali kepada Al-Quran dan Sunnah dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan.
وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللهِ جَمِيعًا وَلاَ تَفَرَّقُوا
"Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai"(Ali Imran:103)
Justeru, kami dengan secara terbuka, menawarkan diri untuk menjadi penghubung bagi pertemuan antara pihak saudara Imran dengan Dato’ Naib Canselor USIM bersama Dato Timbalan Naib Canselor.
Yang baik kita i'tiraf, yang salah kita perbetulkan.
Kita semua berkongsi impian yang sama untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang makmur dan model Negara Islam contoh.
“Langkah Ini Langkah Kita Bersama”
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Sains Islam Malaysia
20 FEBRUARI 2015

0 ulasan:

Post a Comment