Image and video hosting by TinyPic

" SEIRING MENERAJUI INSAN PERKASA "

Image and video hosting by TinyPic

Sunday, February 22, 2015

Manfaatkan selagi Ada Masa

Alhamdulillah dalam singkat perjalanan waktu kita bakal bertemu lagi dalam semester yang kedua. Bagi yang sudah tahun akhir, kebanyakkannya akan menempuh pengalaman berpraktikal.

Semester yang baru ini kita dibuka dengan isu surat dari universiti kepada mahasiswa GAMIS yang mana tak perlu saya cerita panjang di sini kerana sudah hangat dibincangkan. Saya yakin kedua-dua belah pihak akan mencari solusi yang terbaik bagi menyelesaikan masalah ini atas dasar ukhuwah islamiyyah.

Prof. Dr. Yusuf al-Qardhawi ada menyebut dalam menghuraikan hadith
ان الله يلوم العجوز ولكن عليك بالكيس
yang bermaksud: Sesungguhnya Allah mencela sifat lemah, tetapi anda mestilah menjadi orang yang pintar. (Abu Daud)

Beliau menegur dengan tegas di dalam bukunya, "Di manakah kesilapan kita?"
'Jika tidak mampu bekerja seorang diri, bukankah ada baiknya menghimpunkan negara-negara ini untuk menjali kekuatan? Kemudian, dimanakah letaknya saling menyempurnakan dan saling membantu antara sesama Islam'

Di pihak Majlis Perwakilan Pelajar Usim, isu-isu kebajikan kebanyakkannya telah kami usaha untuk menyelesaikannya sebelum masalah itu menjadi lebih parah kerana "mencegah itu lebih baik dari mengubati".

Selain itu, Alhamdulillah, pihak Bendahari telah menggunakan sistem baru dan juga telah membentangkannya kepada kami. Saya optimis akan keberkesanan sistem baru ini. Namun, saya menjangkakan akan berlaku beberapa masalah dari sudut teknikal terutamanya. Tapi, saya percaya sistem ini akan membantu kita untuk melangkah setapak lebih maju.

Tambahan juga, Universiti Sains Islam Malaysia akan menyambut ulang tahun ke 15.  Di peringkat Mahasiswa/I USIM kami berbangga kerana menjadi sebahagian daripada univerisiti yang bertaraf antarabangsa ini. Justeru itu, besar harapan kami untuk melihat sinergi antara pelajar dengan pihak universiti demi memacu kegemilangan universiti dan ummah.

Di peringkat Nasional pula, saya menyeru kepada semua mahasiswa/I USIM khususnya agat membuat persiapan bagi menghadapi cukai GST yang akan berkuatkuasa bermula bulan 4 ini. Tambahan pula, keadaan ekonomi yang semakin meruncing sudah tentu menuntut pengurusan yang baik. Meskipun dunia mengalami penurunan harga minyak, kos sara hidup yang kian meningkat di kawasan Nilai  ini dengan kadar pinjaman dan penajaan yang masih lagi kekal nilainya juga memerlukan hasil pendapatan luar bagi menampung perbelanjaan.

Amirul Mukminin Saidina Umar RA, pernah berkata 'kita sekarang ini kaum yang ditimpa kehinaan, tetapi  Allah memuliakan kita dengan Islam. Tetapi bila kita mencari kemuliaan selain kepadaNya, nescaya Allah akan menimpakan kehinaan kepada kita semua!!'

Akhir kata, selamat menempuh semester yang baru,. Ayuh tingkatkan potensi diri, mendalami ilmu dengan tekun dan menjaga akhlak masing-masing untul memanfaatkan diri untuk ummah, ilmu bukan sebab mesti ditimba di tempat yang kita tahu sebab hidup itu sendiri akan memberikan kita ilmu yang kita tidak pernah tahu.

Doakan kami MPP USIM dalam jelajah beberapa IPTA seluruh Malaysia minggu ini.

"Langkah ini, langkah kita bersama"

Abdul Muiz bin Abdul Hakim
YDP MPP USIM
22 Februari 2015

0 ulasan:

Post a Comment