Image and video hosting by TinyPic

" SEIRING MENERAJUI INSAN PERKASA "

Image and video hosting by TinyPic

Tuesday, November 13, 2012

Taklimat Sistem Pentadbiran dan Pengurusan USIM




NILAI, 4 November – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USIM telah menganjurkan Taklimat Sistem Pentadbiran dan Pengurusan USIM, bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) USIM.

Taklimat yang disertai oleh 70 orang peserta yang terdiri daripada ahli MPP USIM dan Sekretariat MPP USIM adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pimpinan mahasiswa berkenaan pelan pengurusan strategik universiti, sistem operasi jabatan dan unit serta memupuk kesedaran dalam diri setiap ahli akan kepentingan pentadbiran dan pengurusan yang sistematik.

Turut hadir, Yang di Pertua (YDP) MPP USIM; Saudara Mohamad Razif dalam ucapan alu-aluan beliau berharap agar taklimat yang bertemakan ‘Pengurusan Cemerlang, Organisasi Terbilang’ ini mampu membentuk sinergi antara pihak MPP serta organisasi kepimpinan mahasiswa dengan pihak pengurusan dan pentadbiran universiti agar USIM mampu menjadi lebih teguh dan utuh dari semasa ke semasa.

Program tersebut dimulakan dengan taklimat daripada Ybhg. Prof Dato’ Dr. Muhamad bin Muda, Naib Canselor USIM berkaitan pelan strategik dan hala tuju USIM. Slot kedua pula disampaikan oleh Ybhg. Prof Dr. Musa bin Ahmad, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) dengan taklimat beliau mengenai pengurusan akademik pelajar.

Majlis berhenti rehat pada jam 12.45 tengah hari dan disambung pada jam 2 petang dengan taklimat pengurusan aktiviti dan program pelajar oleh En. Muhammad Rahmat bin Abdullah, Penolong Pendaftar Bahagian Hal Ehwal Pelajar USIM. Taklimat tersebut berakhir pada jam 5.30 petang.



Sumber gambar: sini 

0 ulasan:

Post a Comment