Image and video hosting by TinyPic

"BERSAMA MEMIMPIN PERUBAHAN"

Image and video hosting by TinyPic

Sunday, November 4, 2012

SETARA '11: Ucapan Tahniah MPP USIM Kepada Pihak USIM

Seperti yang diterbitkan di Utusan Malaysia bertarikh  November 2012 pada ruangan Forum 

Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (MPP USIM) mengucapkan tahniah kepada pihak pentadbiran USIM kerana telah disenaraikan bersama 13 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dari 35 institusi pengajian tinggi (IPT) yang diberi pengiktirafan cemerlang menerusi Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi pada tahun 2011 (SETARA ’11). USIM memperoleh penarafan TIER 5 bersama dengan 13 buah IPTA lain.

Selain dari USIM, IPTA yang turut disenaraikan cemerlang adalah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Teknologi Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM).

Sesungguhnya kejayaan ini adalah dengan keizinan Allah SWT jua disamping usaha yang berterusan oleh Naib Canselor USIM, Prof. Dato' Dr. Muhamad bin Muda, Naib Canselor USIM serta kerjasama yang utuh antara warga USIM. Semoga USIM terus memacu kecemerlangan di masa hadapan dalam memenuhi visi USIM, 'Memartabatkan kecemerlangan ilmu dan insan'. 

Mohamad Razif Mohamad Fuad
Yang Dipertua 
Majlis Perwakilan Pelajar 2012/2013
Universiti Sains Islam Malaysia




Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (MPP USIM) mengucapkan tahniah kepada pihak USIM kerana telah disenaraikan bersama 13 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) antara 35 institusi pengajian tinggi (IPT) yang diberi pengiktirafan cemerlang menerusi Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi pada tahun 2011 (SETARA ’11). USIM memperoleh penarafan TIER 5 bersama dengan 13 buah IPTA lain.

Selain dari USIM, IPTA yang turut disenaraikan cemerlang adalah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

IPTA lain yang turut mendapat penarafan cemerlang ialah Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Teknologi Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM).

Semoga USIM terus memacu kecemerlangan di masa hadapan dalam memenuhi visi 'Memartabatkan kecemerlangan ilmu dan insan'.

Mohamad Razif Mohamad Fuad
Yang Dipertua
Majlis Perwakilan Pelajar 2012/2013
Universiti Sains Islam Malaysia



0 ulasan:

Post a Comment