Image and video hosting by TinyPic

"BERSAMA MEMIMPIN PERUBAHAN"

Image and video hosting by TinyPic

Sunday, October 14, 2012

FAQs | Students Fees



          These FAQs are designed to provide a better understanding of some issues related to students fees. Should you have any other questions that are not covered here or elsewhere on our website, please click here and fill in the form. Thank you.

* Please click on this link for English version.

***

          FAQs (Soalan-Soalan Lazim) ini dibentuk bagi menjawab beberapa persoalan yang diutarakan oleh para pelajar berkaitan yuran pengajian. Sekiranya anda masih mempunyai sebarang soalan, sila salurkan di sini. Terima kasih.



Q : Mengapakah Yuran Ko-Kurikulum masih lagi dikenakan walaupun saya tidak lagi terlibat dalam mana-mana aktiviti ko-kurikulum berkredit pada semester ini?

Yuran Ko-kurikulum yang tercatat dalam penyata yuran sebagai “KOKURIKULUM = RM20” adalah berbeza dengan Pengajian Ko-kurikulum Berkredit yang diambil oleh setiap pelajar sebelum bergraduasi. Pengajian Ko-kurikulum Berkredit yang dimaksudkan adalah di bawah seliaan Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI) di mana ia tertera dalam penyata yuran sebagai “PLRN.PENGAJIAN KO-K” dan bergantung kepada jumlah kredit yang diambil. (RM30 bagi satu jam kredit).

Yuran Ko-kurikulum yang wajib dibayar sebanyak RM20 setiap semester merangkumi segala kemudahan aktiviti ko-kurikulum dan sukan yang disediakan oleh pihak Universiti kepada pelajar. Segalanya telah dibayar, maka kami berharap agar para pelajar dapat memanfaatkan segala kemudahan yang ada sebaiknya.

***

Q : Kami pernah dimaklumkan bahawa Yuran Antarabangsa hanya dikenakan kepada pelajar Tahun 1 dan 2 sahaja. Mohon penjelasan tentang caj yuran tersebut kepada pelajar-pelajar selain daripada Tahun 1 dan 2.

Untuk pengetahuan, Yuran Antarabangsa mula dikenakan kepada pelajar bernombor matrik awalan 110**** (Pelajar Tahun 3 Semester 5 sekarang) dengan jumlah RM75 setiap semester. Ini bermakna hanya pelajar Tahun 4 dan ke atas sahaja yang dikecualikan daripada Yuran Antarabangsa.

Walaubagaimanapun, di dalam penyata yuran bagi pelajar Tahun 4 sesi akademik 2012/2013 tertera caj Yuran Antarabangsa berjumlah RM75 dan Yuran Konvokesyen RM50 di bahagian Debit pada semester 5 dan 6 yang mana perkara ini tidak termasuk dalam struktur yuran pengajian mereka. Sebagai jawapan, pihak Jabatan Bendahari telah memaklumkan kepada kami bahawa mereka telahpun mengkreditkan RM75 dan RM50 sebagai “BAYARAN DARIPADA PELAJAR” untuk semester tersebut. Di Bahagian Kredit, sesetengahnya digabungkan terus Yuran Konvokesyen dan Antarabangsa menjadi RM125. Ini bermakna jumlah Yuran Antarabangsa dan Konvokesyen itu telah ditolak kembali daripada jumlah yuran yang perlu dibayar oleh pelajar.



Contoh penyata.
Klik pada imej untuk paparan lebih jelas.


***

Q :  Mohon penjelasan mengenai Yuran Ekonomi yang tertera dalam penyata yuran pelajar tanpa sebarang pengumuman, justifikasi, dan penerangan.

Yuran Ekonomi ialah yuran yang dikenakan untuk subjek yang ditawarkan oleh Fakulti Ekonomi dan Muamalat. Jika anda perlu mengambilnya pada semester ini maka ia akan tertera dalam penyata yuran (RM30 untuk satu jam kredit). Contohnya, pelajar Fakulti Ekonomi dan Muamalat Semester 3 dan 4 bagi kod kursus QP49, mereka dikehendaki membayar RM450/semester untuk Yuran Ekonomi. Ini merangkumi 5 subjek yang ditawarkan oleh Fakulti Ekonomi dan Muamalat yang mereka ambil untuk semester tersebut. (5 x 3 jam kredit x RM30).

Nota: Contoh jumlah RM450 di atas hanyalah bayaran untuk subjek yang ditawarkan oleh Fakulti Ekonomi dan Muamalat. Sekiranya pada semester tersebut mereka juga mengambil subjek dari fakulti lain maka ianya akan tertera sebagai “PENGAJIAN SASTERA”.

***

Q : 
Apakah fungsi Yuran Konvokesyen? Adakah yuran ini digunakan untuk membiayai jubah, dewan atau sebagainya?

Pihak kami masih lagi berusaha untuk menghubungi Bahagian Pengajian Pra-Siswazah bagi mendapatkan maklumat lanjut. Segala kesulitan amat kami kesali.

***

Q : Saya merupakan pelajar Program Sains Aktuari Dan Pengurusan Risiko. Di dalam penyata yuran, saya dikenakan caj untuk Yuran Makmal walaupun kursus yang saya ambil tidak menggunakan mana-mana makmal (kecuali makmal komputer). Mohon penjelasan.

Yuran Makmal (Lab) dikenakan kepada semua pelajar program Sains. Pengecualian hanya diberikan kepada program Sains Aktuari dan Pengurusan Risiko (QS10), program Sains Matematik Kewangan (QS43) serta program Sains Komputer (Keselamatan dan Jaminan Maklumat) (QC13). Di dalam penyata yuran pelajar-pelajar program tersebut sememangnya akan tertera yuran “MAKMAL RM50” di bahagian debit, namun ia telah dikreditkan sebagai “BAYARAN DARIPADA PELAJAR RM50 / *RM100.” (*bayaran untuk dua semester sekali gus – sila rujuk kembali penyata yuran anda)

***

Q : Saya mempunyai kenderaan sendiri dan tidak menaiki bas yang disediakan oleh pihak USIM untuk ke kampus. Kenapa saya masih dikenakan Yuran Pengangkutan?

Yuran Pengangkutan juga sama halnya seperti Yuran Kokurikulum yang meliputi semua kemudahan pengangkutan yang disediakan oleh pihak Universiti. Yuran Pengangkutan dikenakan kepada semua pelajar termasuk pelajar yang mempunyai kenderaan sendiri bertujuan mengambil kira kos pengangkutan ke program/aktiviti luar yang melibatkan pelajar sama ada dalam atau luar kampus. 



Prepared by : 
Disediakan oleh: 

Mohd. Shukri B. Abdul Rahim Pui
Treasurer,
Students' Representative Council 2012/2013
014-5067743




7 ulasan:

  1. Yuran Konvokesyen masih lagi menjadi tande tanye sekarang ni. teruskan usaha MPP. Terima kasih

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas penjelasan. Mohon didpatkan jawapan mengenai yuran konvokesyen... Jutaan Terima kasih didahulukan :)

    ReplyDelete
  3. saya mempunyai keyakinan yang penuh terhadap SRC....teruskan usaha murni anda...dari mahasiswa untuk mahasiswa....

    ReplyDelete
  4. tq atas info.. smg terus menerus menaraju pimpinan mahasiswa =)

    ReplyDelete
  5. teruskan berusaha!insyaAllah segala amanah yang terlaksana akan dibayar ganjaran berlipat ganda....insyaAllah, saya akan sentiasa menyokong kalian!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas sokongan kalian. InshaAllah kami akan usahakan yang terbaik. Teruskan bersama kami untuk kemaslahatan bersama :)

      Delete
  6. yuran konvokesyen. . .
    pape pun, terima kasih atas penjelasan yg telah didapatkan :)

    ReplyDelete