Q : Mengapa pihak Universiti mengambil
keputusan untuk menutup Klinik Panel di dalam waktu pejabat?
Merujuk kepada hasil
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti Bil. 23/2012 yang bertarikh 7 Ogos
2012 , penutupan Klinik Panel untuk pelajar di dalam waktu pejabat adalah untuk
meningkatkan fungsi Klinik Unit Kesihatan Pelajar, HEP
sebagai Klinik Panel USIM untuk perkhidmatan pesakit luar kepada pelajar
dan kakitangan yang berkelayakan. Oleh itu, sekiranya pelajar memerlukan
rawatan ketika waktu pejabat, mereka perlu mendapatkan rawatan tersebut di
Klinik Unit
Kesihatan Pelajar, HEP sahaja berkuatkuasa mulai Semester II, 2012/2013.
Disamping itu, kos
perbelanjaan USIM untuk membayar kos
rawatan pelajar kepada Klinik Panel adalah sangat tinggi. Jadi, pihak
universiti mengambil keputusan untuk mengurangkan kos tersebut dengan
meningkatkan fungsi Klinik Unit Kesihatan Pelajar,
HEP sebagai Klinik Panel USIM dengan cara segala kos rawatan pelajar akan
dibayar kepada Klinik Panel USIM . Hasil
dapatan tersebut akan dijana kembali
untuk kegunaan aktiviti-aktiviti pelajar yang lain. Dengan kata lain,
keuntungan yang didapati akan memberi manfaat yang lebih baik kepada
pembangunan universiti sendiri.
Q : Sekiranya
Klinik Unit Kesihatan Pelajar, HEP dinaikkan fungsi sebagai Klinik Panel USIM, adakah prosedur
mendapatkan rawatan juga berbeza?
Ya, prosedurnya adalah sedikit berbeza
seperti sebelum ini iaitu pelajar perlu mengisi borang sepertimana rawatan di
klinik panel
Q : Isu penutupan ini seolah-olah menarik balik
kemudahan yang disediakan kepada pelajar sedangkan kami membayar setiap sem
untuk kos rawatan tersebut.
Memang benar pelajar
perlu membayar sebanyak RM 50 untuk setiap sem, namun perlu diingatkan bahawa
kos tersebut hanyalah sedikit sahaja berbanding dengan kos yang perlu
ditanggung oleh pihak universiti. RM50 yang dibayar oleh pelajar boleh
dinisbahkan untuk dua kali rawatan melibatkan
kes-kes yang ringan sahaja. Namun, tedapat kes-kes yang berat seperti
kemalangan ataupun sakit yang lebih kronik yang mana pihak universiti perlu menanggung kos tersebut
dengan belanja yang lebih besar.
Q : Kedudukan Unit Kesihatan Pelajar, HEP yang
agak jauh daripada bangunan-bangunan
akan menyukarkan kami untuk ke sana.
Pihak kami memahami
kesukaran pelajar untuk mendapatkan rawatan kerana kedudukan yang agak jauh dan
kemudahan pengangkutan yang kurang. Oleh itu, kami akan sedaya upaya untuk cuba
mendapatkan pengangkutan seperti Shuttle Bus ataupun van bagi memudahkan
pergerakan pelajar. Hasil keputusannya akan dimaklumkan kemudian.
Q : Bagaimana jika kami terpaksa pergi mendapatkan
rawatan di Klinik Panel semasa waktu
pejabat, adakah kami perlu mengeluarkan wang sendiri untuk membayar kos rawatan
tersebut?
Ya, pelajar perlu membayar sendiri kos rawatan
tersebut sama seperti pesakit luar yang lain.
Q : Bagaimana jika kami pergi mendapatkan rawatan
di Klinik Panel selepas daripada waktu pejabat? Adakah kami dikenakan bayaran
atau universiti akan menanggungnya?
Sekiranya di luar waktu pejabat, pihak universiti
akan menanggung kos rawatan tersebut seperti sebelum ini.
Q : Apakah kelebihan yang kami akan dapat
sekiranya kami mendapatkan rawatan di Klinik Panel USIM?
Biasanya, kos rawatan yang ditanggung oleh pihak
universiti di Klinik Panel adalah tidak melebihi RM 30. Sekiranya berlebihan,
pelajar dikehendaki membayar sendiri bakinya,. Namun, kami sedang berusaha
untuk memohon agar kos rawatan di Klinik Panel USIM tidak mempunyai hadnya, Dalam erti kata lain, pihak universiti
akan menanggung semua kos rawatan pelajar tersebut tanpa perlu mengeluarkan
belanja sendiri. Namun hal ini masih diperingkat permohonan , keputusan
muktamadnya akan dimaklumkan kemudian.
Q : Adakah kualiti yang diberikan Klinik Panel USIM sama seperti kami
mendapatkan rawatan di Klinik Panel?
Ya, kualiti kita adalah
setanding dengan rawatan di Klinik Panel. Dalam masa yang sama, pihak kami
dalam usaha untuk meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan kepada pelajar dan
kakitangan. Oleh itu, pihak kami
telah meminta MPP untuk membuat satu tinjauan dan maklum balas daripada pelajar
berkenaan perkhidmatan kami sebelum ini.
InsyaAllah, hasil tinjauan dan maklum balas tersebut nanti akan diteliti untuk kami terus memperbaiki mutu perkhidmatan kami dari semasa ke semasa.
InsyaAllah, hasil tinjauan dan maklum balas tersebut nanti akan diteliti untuk kami terus memperbaiki mutu perkhidmatan kami dari semasa ke semasa.
Q : Kenapa penguatkuasaan
peraturan ini hanya melibatkan kampus
USIM Nilai sahaja sedangkan Kampus Pandan Indah tidak terlibat?
Kampus Pandan Indah tidak terlibat dalam
penguatkuasaan peraturan ini adalah kerana mereka tidak mempunyai kemudahan
Klinik seperti di Nilai. Fasiliti di sana juga kurang berbanding di kampus
Nilai. Oleh itu, mereka terpaksa mendapatkan rawatan di Klinik Panel untuk
jaminan rawatan yang lebih baik.
Pihak kami mengalu-alukan sebarang cadangan daripada para pelajar untuk penambahbaikan kualiti perkhidmatan pada masa akan datang. Sila salurkan cadangan anda melalui Online Complaint Form (sila klik sini). Terima kasih.
Pihak kami mengalu-alukan sebarang cadangan daripada para pelajar untuk penambahbaikan kualiti perkhidmatan pada masa akan datang. Sila salurkan cadangan anda melalui Online Complaint Form (sila klik sini). Terima kasih.