Image and video hosting by TinyPic

" SEIRING MENERAJUI INSAN PERKASA "

Image and video hosting by TinyPic

SELAMAT DATANG KE WEB RASMI MPPUSIM

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

what image shows

HUBUNGI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

what image shows

Selamat Bercuti Buat Semua Mahasiswa/wi USIM

Semoga Pulangnya Mahasiswa/wi USIM ke Kampung Halaman Terus Mengislahkan Ummah

what image shows

Selamat Menghadapi Peperiksaan Buat Semua

SEMOGA KEJAYAAN MENGIRINGI KALIAN

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Showing posts with label FAQs. Show all posts
Showing posts with label FAQs. Show all posts

Saturday, January 5, 2013

FAQs | Isu Penutupan Klinik Panel Untuk Pelajar Pada Waktu Pejabat





Q : Mengapa pihak Universiti mengambil keputusan untuk menutup Klinik Panel di dalam waktu pejabat?

Merujuk kepada hasil Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti Bil. 23/2012 yang bertarikh 7 Ogos 2012 , penutupan Klinik Panel untuk pelajar di dalam waktu pejabat adalah untuk meningkatkan fungsi Klinik  Unit Kesihatan Pelajar, HEP   sebagai Klinik Panel USIM untuk perkhidmatan pesakit luar kepada pelajar dan kakitangan yang berkelayakan. Oleh itu, sekiranya pelajar memerlukan rawatan ketika waktu pejabat, mereka perlu mendapatkan rawatan tersebut di Klinik  Unit Kesihatan Pelajar, HEP   sahaja  berkuatkuasa mulai Semester II, 2012/2013.

Disamping itu, kos perbelanjaan USIM untuk membayar  kos rawatan pelajar kepada Klinik Panel adalah sangat tinggi. Jadi, pihak universiti mengambil keputusan untuk mengurangkan kos tersebut dengan meningkatkan fungsi  Klinik  Unit Kesihatan Pelajar, HEP sebagai  Klinik Panel USIM  dengan cara segala kos rawatan pelajar akan dibayar kepada  Klinik Panel USIM . Hasil dapatan tersebut akan dijana kembali  untuk kegunaan aktiviti-aktiviti pelajar yang lain. Dengan kata lain, keuntungan yang didapati akan memberi manfaat yang lebih baik kepada pembangunan universiti sendiri.



Q  : Sekiranya Klinik  Unit Kesihatan Pelajar, HEP dinaikkan fungsi  sebagai Klinik Panel USIM, adakah prosedur mendapatkan rawatan juga berbeza?

Ya, prosedurnya adalah sedikit berbeza seperti sebelum ini iaitu pelajar perlu mengisi borang sepertimana rawatan di klinik panel 



Q  :  Isu penutupan ini seolah-olah menarik balik kemudahan yang disediakan kepada pelajar sedangkan kami membayar setiap sem untuk kos rawatan tersebut.

Memang benar pelajar perlu membayar sebanyak RM 50 untuk setiap sem, namun perlu diingatkan bahawa kos tersebut hanyalah sedikit sahaja berbanding dengan kos yang perlu ditanggung oleh pihak universiti. RM50 yang dibayar oleh pelajar boleh dinisbahkan untuk dua kali rawatan melibatkan  kes-kes yang ringan sahaja. Namun, tedapat kes-kes yang berat seperti kemalangan ataupun sakit yang lebih kronik yang mana  pihak universiti perlu menanggung kos tersebut dengan belanja yang lebih besar.


Q : Kedudukan Unit Kesihatan Pelajar, HEP  yang agak jauh daripada bangunan-bangunan  akan menyukarkan kami untuk ke sana.

Pihak kami memahami kesukaran pelajar untuk mendapatkan rawatan kerana kedudukan yang agak jauh dan kemudahan pengangkutan yang kurang. Oleh itu, kami akan sedaya upaya untuk cuba mendapatkan pengangkutan seperti Shuttle Bus ataupun van bagi memudahkan pergerakan pelajar. Hasil keputusannya akan dimaklumkan kemudian.



Q : Bagaimana jika kami terpaksa pergi mendapatkan rawatan di Klinik Panel semasa  waktu pejabat, adakah kami perlu mengeluarkan wang sendiri untuk membayar kos rawatan tersebut?

Ya, pelajar perlu membayar sendiri kos rawatan tersebut sama seperti pesakit luar yang lain.



Q : Bagaimana jika kami pergi mendapatkan rawatan di Klinik Panel selepas daripada waktu pejabat? Adakah kami dikenakan bayaran atau universiti akan menanggungnya?

Sekiranya di luar waktu pejabat, pihak universiti akan menanggung kos rawatan tersebut seperti sebelum ini.



Q : Apakah kelebihan yang kami akan dapat sekiranya kami mendapatkan rawatan di Klinik Panel USIM?

Biasanya, kos rawatan yang ditanggung oleh pihak universiti di Klinik Panel adalah tidak melebihi RM 30. Sekiranya berlebihan, pelajar dikehendaki membayar sendiri bakinya,. Namun, kami sedang berusaha untuk memohon agar kos rawatan di Klinik Panel USIM tidak mempunyai  hadnya, Dalam erti kata lain, pihak universiti akan menanggung semua kos rawatan pelajar tersebut tanpa perlu mengeluarkan belanja sendiri. Namun hal ini masih diperingkat permohonan , keputusan muktamadnya akan dimaklumkan kemudian.



Q : Adakah kualiti yang diberikan Klinik Panel USIM sama seperti kami mendapatkan rawatan di Klinik Panel?

Ya, kualiti kita adalah setanding dengan rawatan di Klinik Panel. Dalam masa yang sama, pihak kami dalam usaha untuk meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan kepada pelajar dan kakitangan.  Oleh itu, pihak kami telah meminta MPP untuk membuat satu tinjauan dan maklum balas daripada pelajar berkenaan perkhidmatan kami sebelum ini.
InsyaAllah, hasil tinjauan dan maklum balas tersebut nanti akan diteliti untuk kami terus memperbaiki mutu perkhidmatan kami dari semasa ke semasa.



 Q : Kenapa penguatkuasaan peraturan  ini hanya melibatkan kampus USIM Nilai sahaja sedangkan Kampus Pandan Indah tidak terlibat?

Kampus Pandan Indah tidak terlibat dalam penguatkuasaan peraturan ini adalah kerana mereka tidak mempunyai kemudahan Klinik seperti di Nilai. Fasiliti di sana juga kurang berbanding di kampus Nilai. Oleh itu, mereka terpaksa mendapatkan rawatan di Klinik Panel untuk jaminan rawatan yang lebih baik. 


Pihak kami mengalu-alukan sebarang cadangan daripada para pelajar untuk penambahbaikan kualiti perkhidmatan pada masa akan datang. Sila salurkan cadangan anda melalui Online Complaint Form (sila klik sini). Terima kasih.



Monday, November 12, 2012

FAQs | USIM Library




            Previously, Academic & Intellectual Bureau of SRC USIM had conducted a survey among students to identify some issues and problem regarding the USIM Library. In order to address the arising issues, representatives from SRC USIM including the President; Mohamad Razif bin Mohamad Fuad had set a meeting with USIM Chief Librarian, Mr. Jasmin bin Jaimon on 8 November 2012 at the Library’s Meeting Room (Level 4).

            These FAQs will give you the details of the meeting. If you need further clarification about USIM Library that is not covered here or elsewhere on this website, please click here. Thank you.

***

From left: Mohd Izzat, Mohammad Safwan, Mr. Jasmin Jaimon and Mohamad Razif.
 (Not in picture: Nadrahtul Huda and Fatimah Azzahra')
 


            Biro Akademik dan Pembangunan Intelektual MPP USIM telah menjalankan survey dalam kalangan para pelajar untuk mengenal pasti isu dan masalah yang berkaitan Perpustakaan USIM. Pada 8 November lalu; bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Perpustakaan USIM (Aras 4), beberapa orang wakil daripada Majlis Perwakilan Pelajar termasuk Yang di Pertua MPP; Saudara Mohamad Razif bin Mohamad Fuad telah mengadakan satu pertemuan dengan Ketua Pustakawan USIM, En. Jasmin bin Jaimon untuk mendapatkan penjelasan mengenai beberapa isu yang telah diutarakan oleh para pelajar.

            Berikut merupakan hasil perbincangan yang telah dijalankan. Sekiranya anda masih memerlukan penjelasan lanjut mengenai Perpustakaan USIM, sila salurkan di sini. Terima kasih.


Isu Lokasi

            Hal ini adalah di luar kemampuan pihak perpustakaan untuk mengubahnya. Pelan asal adalah untuk meletakkan perpustakaan dan masjid di tengah-tengah di antara kolej kediaman dan fakulti-fakulti.


Isu Etika Pemakaian

            Pihak perpustakaan hanya bertindak berlandaskan etika pemakaian yang telah ditetapkan oleh USIM. Pemakaian pada waktu malam adalah lebih fleksibel, namun pengguna haruslah bersopan dan menutup aurat.


Isu Larangan Membawa Beg ke dalam Perpustakaan

            Pihak perpustakaan sendiri telah membuat survey terhadap perpustakaan di IPT lain. Hasil survey menunjukkan bahawa bilangan staf yang terhad untuk memantau menyebabkan pengguna tidak dibenarkan membawa beg ke dalam perpustakaan kerana dikhuatiri membawa makanan, minuman, peralatan tajam dan sebagainya ke dalam perpustakaan dan membawa keluar bahan-bahan milik pihak perpustakaan tanpa kebenaran.


Isu Kekurangan Bahan Rujukan

            Pihak Perpustakaan USIM telah menerima cadangan pembelian buku/bahan rujukan daripada para pensyarah untuk dibeli dan dijadikan koleksi perpustakaan. Untuk tahun ini, hampir RM200,000 telah diperuntukan untuk pembelian bahan cetakan. Diingatkan agar para pengguna dapat memastikan kewujudan buku yang dicari terlebih dahulu di perpustakaan USIM, sebelum ke perpustakaan lain. Pengguna boleh mencadangkan pembelian sebarang buku yang dirasakan perlu melalui pensyarah dan Dekan Fakulti masing-masing. (klik di sini untuk borang cadangan pembelian bahan bercetak)    

Pihak perpustakaan juga menyediakan kemudahan peminjaman bahan bercetak daripada perpustakaan lain untuk para pengguna. Permohonan boleh dilakukan dengan mengisi borang di laman sesawang Perpustakaan USIM.


Isu Kemudahan Book Drop Machine

            Pihak perpustakaan telah berusaha untuk menyediakan dan membaiki servis Auto Machine ‘Bookdrop’ terutamanya di PKP. Disebabkan kos penyelenggaraan mesin berkenaan amat tinggi, pihak perpustakaan menasihatkan para pengguna agar menggunakan perkhidmatan yang disediakan sebaik mungkin kerana kerosakan mesin tersebut berpunca sebahagiannya daripada pengguna sendiri (seperti  menolak buku masuk sebelum pintunya dibuka dan memasukkan lebih daripada satu buku dalam satu masa). Namun demikian, pihak perpustakaan sentiasa mencuba untuk memperbaiki perkhidmatan berkenaan dari semasa ke semasa.

Diingatkan juga kepada para pengguna supaya memastikan resit pulangan buku diterima sebagai bukti dan rekod untuk mengelakkan sebarang masalah pada masa hadapan.


Isu Kad Fotostat

            Pihak perpustakaan tidak dibenarkan mengutip wang ringgit secara tunai daripada pengguna untuk tujuan pembayaran fotostat. Cara yang paling mudah ialah dengan penggunaan kad fotostat yang boleh dibeli di PKP atau di Kaunter Sirkulasi Perpustakaan USIM. Perkhidmatan mesin fotostat di perpustakaan dikendalikan oleh Koperasi Kakitangan USIM. Namun demikian, pihak perpustakaan juga menyediakan kemudahan scanning di kaunter tingkat 3. Pihak Perpustakaan sedang berusaha untuk mendapatkan syarikat perkhidmatan fotostat yang lebih baik.


Isu Kafe dan Kebenaran Membawa Makanan

            Pihak perpustakaan berusaha untuk menjaga premis perpustakaan sebaik mungkin terutamanya daripada makhluk perosak seperti lipas, tikus dan lain-lain. Justeru, pengguna hanya dibenarkan makan dan minum di ruang yang telah disediakan di aras satu perpustakaan. Walaubagaimanapun, pihak perpustakaan sedang mengusahakan kafe di kawasan sekitar perpustakaan (luar bangunan) untuk kemudahan staf dan pengunjung perpustakaan.


Lain-lain

            Pihak perpustakaan amat menggalakkan para pengguna untuk menghadiri Kelas Pendidikan Pengguna secara percuma di Perpustakaan USIM untuk mengetahui koleksi, kemudahan dan perkhidmatan perpustakaan dengan lebih mendalam. Maklumat lanjut boleh didapati di laman web Perpustakaan USIM.



Sunday, October 14, 2012

FAQs | Students Fees



          These FAQs are designed to provide a better understanding of some issues related to students fees. Should you have any other questions that are not covered here or elsewhere on our website, please click here and fill in the form. Thank you.

* Please click on this link for English version.

***

          FAQs (Soalan-Soalan Lazim) ini dibentuk bagi menjawab beberapa persoalan yang diutarakan oleh para pelajar berkaitan yuran pengajian. Sekiranya anda masih mempunyai sebarang soalan, sila salurkan di sini. Terima kasih.



Q : Mengapakah Yuran Ko-Kurikulum masih lagi dikenakan walaupun saya tidak lagi terlibat dalam mana-mana aktiviti ko-kurikulum berkredit pada semester ini?

Yuran Ko-kurikulum yang tercatat dalam penyata yuran sebagai “KOKURIKULUM = RM20” adalah berbeza dengan Pengajian Ko-kurikulum Berkredit yang diambil oleh setiap pelajar sebelum bergraduasi. Pengajian Ko-kurikulum Berkredit yang dimaksudkan adalah di bawah seliaan Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI) di mana ia tertera dalam penyata yuran sebagai “PLRN.PENGAJIAN KO-K” dan bergantung kepada jumlah kredit yang diambil. (RM30 bagi satu jam kredit).

Yuran Ko-kurikulum yang wajib dibayar sebanyak RM20 setiap semester merangkumi segala kemudahan aktiviti ko-kurikulum dan sukan yang disediakan oleh pihak Universiti kepada pelajar. Segalanya telah dibayar, maka kami berharap agar para pelajar dapat memanfaatkan segala kemudahan yang ada sebaiknya.

***

Q : Kami pernah dimaklumkan bahawa Yuran Antarabangsa hanya dikenakan kepada pelajar Tahun 1 dan 2 sahaja. Mohon penjelasan tentang caj yuran tersebut kepada pelajar-pelajar selain daripada Tahun 1 dan 2.

Untuk pengetahuan, Yuran Antarabangsa mula dikenakan kepada pelajar bernombor matrik awalan 110**** (Pelajar Tahun 3 Semester 5 sekarang) dengan jumlah RM75 setiap semester. Ini bermakna hanya pelajar Tahun 4 dan ke atas sahaja yang dikecualikan daripada Yuran Antarabangsa.

Walaubagaimanapun, di dalam penyata yuran bagi pelajar Tahun 4 sesi akademik 2012/2013 tertera caj Yuran Antarabangsa berjumlah RM75 dan Yuran Konvokesyen RM50 di bahagian Debit pada semester 5 dan 6 yang mana perkara ini tidak termasuk dalam struktur yuran pengajian mereka. Sebagai jawapan, pihak Jabatan Bendahari telah memaklumkan kepada kami bahawa mereka telahpun mengkreditkan RM75 dan RM50 sebagai “BAYARAN DARIPADA PELAJAR” untuk semester tersebut. Di Bahagian Kredit, sesetengahnya digabungkan terus Yuran Konvokesyen dan Antarabangsa menjadi RM125. Ini bermakna jumlah Yuran Antarabangsa dan Konvokesyen itu telah ditolak kembali daripada jumlah yuran yang perlu dibayar oleh pelajar.



Contoh penyata.
Klik pada imej untuk paparan lebih jelas.


***

Q :  Mohon penjelasan mengenai Yuran Ekonomi yang tertera dalam penyata yuran pelajar tanpa sebarang pengumuman, justifikasi, dan penerangan.

Yuran Ekonomi ialah yuran yang dikenakan untuk subjek yang ditawarkan oleh Fakulti Ekonomi dan Muamalat. Jika anda perlu mengambilnya pada semester ini maka ia akan tertera dalam penyata yuran (RM30 untuk satu jam kredit). Contohnya, pelajar Fakulti Ekonomi dan Muamalat Semester 3 dan 4 bagi kod kursus QP49, mereka dikehendaki membayar RM450/semester untuk Yuran Ekonomi. Ini merangkumi 5 subjek yang ditawarkan oleh Fakulti Ekonomi dan Muamalat yang mereka ambil untuk semester tersebut. (5 x 3 jam kredit x RM30).

Nota: Contoh jumlah RM450 di atas hanyalah bayaran untuk subjek yang ditawarkan oleh Fakulti Ekonomi dan Muamalat. Sekiranya pada semester tersebut mereka juga mengambil subjek dari fakulti lain maka ianya akan tertera sebagai “PENGAJIAN SASTERA”.

***

Q : 
Apakah fungsi Yuran Konvokesyen? Adakah yuran ini digunakan untuk membiayai jubah, dewan atau sebagainya?

Pihak kami masih lagi berusaha untuk menghubungi Bahagian Pengajian Pra-Siswazah bagi mendapatkan maklumat lanjut. Segala kesulitan amat kami kesali.

***

Q : Saya merupakan pelajar Program Sains Aktuari Dan Pengurusan Risiko. Di dalam penyata yuran, saya dikenakan caj untuk Yuran Makmal walaupun kursus yang saya ambil tidak menggunakan mana-mana makmal (kecuali makmal komputer). Mohon penjelasan.

Yuran Makmal (Lab) dikenakan kepada semua pelajar program Sains. Pengecualian hanya diberikan kepada program Sains Aktuari dan Pengurusan Risiko (QS10), program Sains Matematik Kewangan (QS43) serta program Sains Komputer (Keselamatan dan Jaminan Maklumat) (QC13). Di dalam penyata yuran pelajar-pelajar program tersebut sememangnya akan tertera yuran “MAKMAL RM50” di bahagian debit, namun ia telah dikreditkan sebagai “BAYARAN DARIPADA PELAJAR RM50 / *RM100.” (*bayaran untuk dua semester sekali gus – sila rujuk kembali penyata yuran anda)

***

Q : Saya mempunyai kenderaan sendiri dan tidak menaiki bas yang disediakan oleh pihak USIM untuk ke kampus. Kenapa saya masih dikenakan Yuran Pengangkutan?

Yuran Pengangkutan juga sama halnya seperti Yuran Kokurikulum yang meliputi semua kemudahan pengangkutan yang disediakan oleh pihak Universiti. Yuran Pengangkutan dikenakan kepada semua pelajar termasuk pelajar yang mempunyai kenderaan sendiri bertujuan mengambil kira kos pengangkutan ke program/aktiviti luar yang melibatkan pelajar sama ada dalam atau luar kampus. 



Prepared by : 
Disediakan oleh: 

Mohd. Shukri B. Abdul Rahim Pui
Treasurer,
Students' Representative Council 2012/2013
014-5067743