Previously,
Academic & Intellectual Bureau of SRC USIM had conducted a survey among students
to identify some issues and problem regarding the USIM Library. In order to
address the arising issues, representatives from SRC USIM including the
President; Mohamad Razif bin Mohamad Fuad had set a meeting with USIM Chief
Librarian, Mr. Jasmin bin Jaimon on 8 November 2012 at the Library’s Meeting Room
(Level 4).
These
FAQs will give you the details of the meeting. If you need further clarification
about USIM Library that is not covered here or elsewhere on this website, please
click here. Thank you.
***
From left: Mohd Izzat, Mohammad Safwan, Mr. Jasmin Jaimon and Mohamad Razif. (Not in picture: Nadrahtul Huda and Fatimah Azzahra') |
Biro
Akademik dan Pembangunan Intelektual MPP USIM telah menjalankan survey dalam kalangan para pelajar untuk
mengenal pasti isu dan masalah yang berkaitan Perpustakaan USIM. Pada 8
November lalu; bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Perpustakaan USIM (Aras 4),
beberapa orang wakil daripada Majlis Perwakilan Pelajar termasuk Yang di Pertua
MPP; Saudara Mohamad Razif bin Mohamad Fuad telah mengadakan satu pertemuan
dengan Ketua Pustakawan USIM, En. Jasmin bin Jaimon untuk mendapatkan
penjelasan mengenai beberapa isu yang telah diutarakan oleh para pelajar.
Berikut
merupakan hasil perbincangan yang telah dijalankan. Sekiranya anda masih memerlukan
penjelasan lanjut mengenai Perpustakaan USIM, sila salurkan di sini. Terima
kasih.
Isu Lokasi
Hal ini adalah di luar kemampuan pihak
perpustakaan untuk mengubahnya. Pelan asal adalah untuk meletakkan perpustakaan
dan masjid di tengah-tengah di antara kolej kediaman dan fakulti-fakulti.
Isu Etika Pemakaian
Pihak perpustakaan hanya bertindak berlandaskan
etika pemakaian yang telah ditetapkan oleh USIM. Pemakaian pada waktu malam adalah
lebih fleksibel, namun pengguna haruslah bersopan dan menutup aurat.
Isu Larangan Membawa Beg ke dalam
Perpustakaan
Pihak perpustakaan sendiri telah
membuat survey terhadap perpustakaan di
IPT lain. Hasil survey menunjukkan
bahawa bilangan staf yang terhad untuk memantau menyebabkan pengguna tidak
dibenarkan membawa beg ke dalam perpustakaan kerana dikhuatiri membawa makanan,
minuman, peralatan tajam dan sebagainya ke dalam perpustakaan dan membawa
keluar bahan-bahan milik pihak perpustakaan tanpa kebenaran.
Isu Kekurangan Bahan Rujukan
Pihak
Perpustakaan USIM telah menerima cadangan pembelian buku/bahan rujukan daripada
para pensyarah untuk dibeli dan dijadikan koleksi perpustakaan. Untuk tahun
ini, hampir RM200,000 telah diperuntukan untuk pembelian bahan cetakan. Diingatkan
agar para pengguna dapat memastikan kewujudan buku yang dicari terlebih dahulu
di perpustakaan USIM, sebelum ke perpustakaan lain. Pengguna boleh mencadangkan
pembelian sebarang buku yang dirasakan perlu melalui pensyarah dan Dekan Fakulti
masing-masing. (klik di sini untuk borang cadangan pembelian bahan bercetak)
Pihak perpustakaan juga menyediakan kemudahan peminjaman
bahan bercetak daripada perpustakaan lain untuk para pengguna. Permohonan boleh
dilakukan dengan mengisi borang di laman sesawang Perpustakaan USIM.
Isu Kemudahan Book Drop Machine
Pihak
perpustakaan telah berusaha untuk menyediakan dan membaiki servis Auto Machine
‘Bookdrop’ terutamanya di PKP. Disebabkan kos penyelenggaraan mesin berkenaan
amat tinggi, pihak perpustakaan menasihatkan para pengguna agar menggunakan perkhidmatan
yang disediakan sebaik mungkin kerana kerosakan mesin tersebut berpunca sebahagiannya
daripada pengguna sendiri (seperti menolak buku masuk sebelum pintunya dibuka dan
memasukkan lebih daripada satu buku dalam satu masa). Namun demikian, pihak
perpustakaan sentiasa mencuba untuk memperbaiki perkhidmatan berkenaan dari
semasa ke semasa.
Diingatkan juga kepada para pengguna supaya
memastikan resit pulangan buku diterima sebagai bukti dan rekod untuk
mengelakkan sebarang masalah pada masa hadapan.
Isu Kad Fotostat
Pihak perpustakaan tidak dibenarkan
mengutip wang ringgit secara tunai daripada pengguna untuk tujuan pembayaran fotostat.
Cara yang paling mudah ialah dengan penggunaan kad fotostat yang boleh dibeli
di PKP atau di Kaunter Sirkulasi Perpustakaan USIM. Perkhidmatan mesin fotostat
di perpustakaan dikendalikan oleh Koperasi Kakitangan USIM. Namun demikian,
pihak perpustakaan juga menyediakan kemudahan scanning di kaunter
tingkat 3. Pihak Perpustakaan sedang berusaha untuk mendapatkan syarikat
perkhidmatan fotostat yang lebih baik.
Isu Kafe dan Kebenaran Membawa Makanan
Pihak perpustakaan berusaha untuk
menjaga premis perpustakaan sebaik mungkin terutamanya daripada makhluk perosak
seperti lipas, tikus dan lain-lain. Justeru, pengguna hanya dibenarkan makan
dan minum di ruang yang telah disediakan di aras satu perpustakaan. Walaubagaimanapun,
pihak perpustakaan sedang mengusahakan kafe di kawasan sekitar perpustakaan (luar
bangunan) untuk kemudahan staf dan pengunjung perpustakaan.
Lain-lain
Pihak perpustakaan amat menggalakkan
para pengguna untuk menghadiri Kelas Pendidikan Pengguna secara percuma di
Perpustakaan USIM untuk mengetahui koleksi, kemudahan dan perkhidmatan
perpustakaan dengan lebih mendalam. Maklumat lanjut boleh didapati di laman web
Perpustakaan USIM.
0 ulasan:
Post a Comment