Image and video hosting by TinyPic

" SEIRING MENERAJUI INSAN PERKASA "

Image and video hosting by TinyPic

Tuesday, October 2, 2012

Siswa Tak Layak Terima BR1M 2.0



Sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SiswataklayakterimaBR1M2_0/Article/

Kuala Lumpur: Pejabat Menteri Kewangan semalam menjelaskan bahawa pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang berumur 21 tahun ke atas tidak termasuk dalam kategori penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0. 

Pelajar IPT bagaimanapun layak menerima Baucar Buku 1Malaysia bernilai RM250 yang diberi buat kali kedua dan akan memanfaatkan seramai 1.3 juta pelajar di seluruh negara. Ringan kos beli buku 
Program Baucar Buku 1Malaysia yang dulunya bernilai RM200, adalah kesinambungan hasrat kerajaan untuk meringankan beban kos membeli buku pelajar dan membabitkan peruntukan sebanyak RM325 juta. 

Penjelasan itu dibuat susulan beberapa laporan akhbar semalam berhubung pemberian BR1M 2.0, yang menyebut bahawa golongan siswazah dan penganggur yang tidak mempunyai pekerjaan dan berusia 21 tahun ke atas, layak menerima bantuan itu. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan dalam pembentangan Bajet 2013 Jumaat lalu memaklumkan bahawa di bawah projek BR1M 2.0, hanya isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah layak menerima bantuan sebanyak RM500. 

Bantuan kali ini turut dipanjangkan kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan dan mereka layak menerima bantuan RM250. BERNAMA


Hadiah Buat Mahasiswa

Kerajaan membentangkan Bajet 2013 dengan menampilkan 5 Fokus Utama iaitu Meringankan Kos Sara Hidup, Memperkasa Pendidikan dan Latihan, Membudayakan Inovasi Meningkat Produktiviti, Konsolidasi Fiskal & Mempercekap Penyampaian Perkhidmatan Awam dan Mensejahterakan Rakyat.

Antara yang menarik untuk belia dan mahasiwa adalah:

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)
1. Bantuan tunai RM250 untuk individu bujang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan

Pinjaman PTPTN
1. Diskaun 20% bagi penyelesaian sekaligus (sehingga 30 September 2013)
2. Diskaun 10% bagi bayaran pinjaman secara konsisten

Baucar Buku 1Malaysia
1. Nilai BB1M ditambah ke RM250

Belia
1. Rebat RM200 untuk pembelian telefon pintar (smartphone) bagi belia berpendapatan RM3,000 ke bawah.

Selain dari itu, program pembangunan belia yang diumumkan semalam seperti Program Y-Creative, penubuhan New Entrpreneur Foundation dan Pertandingan Lautan Biru 1Malaysia

1 ulasan: