Image and video hosting by TinyPic

" SEIRING MENERAJUI INSAN PERKASA "

Image and video hosting by TinyPic

SELAMAT DATANG KE WEB RASMI MPPUSIM

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

what image shows

HUBUNGI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

what image shows

Selamat Bercuti Buat Semua Mahasiswa/wi USIM

Semoga Pulangnya Mahasiswa/wi USIM ke Kampung Halaman Terus Mengislahkan Ummah

what image shows

Selamat Menghadapi Peperiksaan Buat Semua

SEMOGA KEJAYAAN MENGIRINGI KALIAN

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Showing posts with label Perutusan. Show all posts
Showing posts with label Perutusan. Show all posts

Monday, February 8, 2016

UCAPAN DASAR YDP USIM 2015/2016

UCAPAN DASAR YANG DIPERTUA
MAJLIS PERWAKILLAN PELAJAR USIM 2015/2016
IMRAN BIN RAZALLE



Assalamualaikum Warahmatullahi wa barakatuh.
                Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan kepada Allah SWT kerana pada hari yang berbahagia ini dapat kita sama-sama dalam Majlis Watikah Perlantikan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia Sesi 2015/2016. Syukur dipanjatkan kepada Illahi kerana dikesempatan ini juga, kita masih dikurniakan nikmat untuk hidup sebagai Muslim yang beriman kepada Allah dan Rasulnya. Sesungguhnya, keimanan ini telah meletakkan kita dalam kalangan sebaik-baik ummah.
Y.Bhg. Dato’ dan sidang hadirin sekalian,

                Ternyata nama USIM sedang melakar di persada antarabangsa setelah tiga pasukan yang memenangi pertandingan di London, British. Hal ini terbukti dengan dengan beberapa pencapaian yang saya kira sangat cemerlang dan mengharumkan nama USIM itu sendiri. Oleh itu, di sini saya ingin sebutkan antara pencapaian yang terbaik supaya dapat menjadi inspirasi kepada para pelajar semua untuk lebih bersemangat mencipta kecemerlangan. Yang pertama, pengajaran ilmu naqli dan aqli yang menjadi teras sistem pendidikan di USIM ini sangat membuka mata seluruh benua. Sebagai satu-satunya IPTA yang berteraskan Islam seoenuhnya, MPP USIM berjanji akna menjadikan Islam sebagai salah satu teras utama dalam pengajaran dan pentadbiran. Oleh itu kami di peringkat MPP USIM telah bersetuju untuk menetapkan visi iaitu : Membangun Akal dan Jiwa Masyarakat USIM demi Kegemilangan Ummah.

                Statistik kehadiran pengundi pada Pilihanraya Kampus yang lepas menyaksikan seramai 5866 daripada 10088 pelajar USIM turun mengundi. Hasrat Universiti yang telah mensasarkan 80% pelajar turun mengundi tidak kesampaian apabila peratusan turun mengundi hanya sekadar mencecah 58.15%. Statistik yang menurun ini secara tidak langsung menjadi persoalan, adakah ini menggambarkan ketidakpercayaan rakan-rakan mahasiswa terhadap entiti MPP? Ataupun adakah ia menjadi tanda bahawa masih kurang kesedaran warga kampus keseluruhannya terhadap peranan kepimpinan mahasiswa. Makanya, di peringkat MPP kami akan cuba mengembalikan kepercayaan kepada mahasiswa dan membantu universiti dalam menerajui kepimpinan di kampus khasnnya dan kempimpinan social amnya.
Sidang hadirin sekalian,

Allah berfirman di dalam AlQuran,
Maksudnya: “Dan sesungguhnya akan Kami beri kamu cubaan dengan sesuatu dari ketakutan dan kelaparan dan kekurangan dari harta benda dan jiwa-jiwa dan buah-buahan, dan berilah khabar gembira kepada orang yang bersabar”. (surah Al – Baqarah: 155)

Mekanisma pembawakan kami kali ini berpandukan empat misi iaitu:
1.       Memangkin pembangunan intelektual
2.       Pemantapan spiritual bersifat holistik
3.       Kebajikan tanggungjawab bersama
4.       Pemerkasaan kemahiran insaniah

Sidang hadirin sekalian,

MEMANGKIN PEMBANGUNAN INTELEKTUAL
Intelektual menjadi keutamaan Majlis Perwakilan Pelajar 2015/2016 kali ini.  Hal ini kerana bagi menitik beratkan  kepentingan ilmu untuk disebarkan pada masyarakat kampus sekaligus dapat melahirkan mahasiswa sebagai ejen perubahan. Bahkan dapat melahirakn mahasiswa/I USIM yang berani belajar sesuatu yang baru. Nilai intelaktual dapat mencetus inovasi, kualiti dan daya saing dalam kalangan pelajar. Sebagai contoh pelaksanaan program I-Innova. Jelaslah kepada kita akan erti mahasiswa intelek itu sendiri yang mana merupakan individu yang cerdik serba serbi, jelas akan matlamat, terkehadapan, celik mata hati dan berani.  Intelektual mahasiswa itu mungkin dapat dibahagiakan kepada dua bahagian , iaitu pembinaan dan saluran. Dalam aspek pembinaan intelektual mahasiswa bukan setakat wacana dan sudut pidato sahaja ukuran bagi intelektual , bahkan ia patut diukur lebih dari itu. Sebab itulah ia pergi kepada fasa yang kedua iaitu saluran atau dapat disifatkan ‘ke mana harus disumbangkan atau dimanfaatkan intelektual mahasiswa’. Sebab itulah ukuran kepada sebak-baik manusia itu adalah manusia yang berrmanfaat. Maka intelektual itu tidaklah disempitkan pada bidang akademik sahaja, bidang lain juga tidak kita lupakan.

PEMANTAPAN SPIRITUAL BERSIFAT HOLISTIK
                Fokus kami yang kedua ialah pemantapan spiritual bersifat holistik. Unsur spiritual akan diterapkan di dalam segala aspek, bukan hanya sekadar mula majlis, tutup majlis dengan Al- Fatihah sahaja. Tetapi kali ini akan lebih kepada pelaksanaan iaitu membuktikan dengan amal. Majlis Perwakilan Pelajar kali ini akan membawakan nilai spiritual dengan memberi penerapan nilai-nilai kepimpinan Islam ke dalam setiap warga universiti. Di samping itu nilai spiritual ini turut dipraktikan dalam penyelesaian masalah dan keterlibatan pelajar dalam pemerkasaan aktiviti kerohanian dan juga pembawaan spiritual seperti program-program yang berbentuk amal Islami akan lebih diterapkan dengan lebih tersusun. Kerjasama yang mendatang dengan Pusat Islam diharapkan dapat menghidupkan jiwa-jiwa yang kosong bukan sahaja dalam kalangan mahasiswa bahkan seluruh warga universiti.

KEBAJIKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA
                Untuk kali ini, MPP membawa pendekatan ‘mendidik mahasiswa dalam konteks kebajikan’. Sebagaimana yang semua maklum, kebajikan adalah salah satu perkara yang penting dan menjadi asas kepada pembentukan Majlis Perwakilan Pelajar, tetapi dalam ingin membawakan pendekatan ini, sekongan dan bantuan dari mahasiswa amatlah diperlukan. Justeru itu, kami di barisan Majlis Perwakilan Pelajar ingin mengajak mahasiswa untuk cakna dan mengambil tindakan dalam apa-apa permasalahan. Sebagai contoh, permasalahan-permasalahan yang berlaku terhadap siswi, bukan sahaja diselesaikan oleh siswi dan pihak-pihak yang terlibat sahaja, akan tetapi keterlibatan semua pihak juga diperlukan dalam menyelesaikan masalah ini.

Allah SWT berfirman:
Maksudnya : “Bukanlah menghadapkan wajahmu kea rah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah sesiapa yang beriman kepada Allah, hari keudian, malaikat- malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberi harta yang dicintainya kepada kerabattnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir(yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta; da (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan solat dan menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar(imannya); dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al Baqarah: 177)

PEMERKASAAN KEMAHIRAN INSANIAH
                Fokus yang terakhir ialah pemerkasaan kemahiran insaniah. Perkara ini selari dengan falsafah USIM yang menekankan integrasi ilmu naqli dan aqli dalam tujuan melahirkan mahasiswa yang bermanfaat kepada ummah khususnya sebagai Problem Solver dengan idea dan pendekatan yang baru. Melihat kepada modul Graduan Intergrasi Ilmu Naqli dan Aqli (GIINA), terdapat tiga pendekatan yang diutamakan iaitu holistik, keusahawanan dan seimbang yang merupakan satu lonjakan yang baik yang dibawa oleh universiti. Elemen-elemen ini juga diterapkan dalam setiap biro Majlis Perwakilan Pelajar demi menyahut baik perancangan USIM ini ke arah USIM ’16. Model GIINA ini penting dan saya merasakan setiap daripada mahasiswa perlu menghayati modul ini seterusnya mengimplementasikannya untuk melahirkan mahasiswa yang berdaya maju yang mampu kembali ke masyarakat dan menyumbang kepada ummah.


SIdang hadirin sekalian,

Universiti ini ibarat negara Kita, maka kitalah yang akan mencoraknya. Jika kita mahu melihat negara ini dicorakkan menjadi hitam, kearah itulah seharusnya usaha kita. Andaikata yang sebaliknya, maka sebaliknya jugalah usaha kita. Pendek kata, usaha itu perlu selari dengan apa yang kita ingin capai pada akhirnya.
Jadi, ayuh warga USIm, bulatkan tekad, tanamkan azam, dan bersama menggembeleng tenaga membina akal dan jiwa seluruh warga usim berteraskan Ilmu Naqli dan Aqli. Sebelum mengakhiri ucapan ini, saya dengan rendah hati mengucapkan ribuan tahniah dan terima kasih kepada kempimpinan MPP yang lama dibawah pimpinan Abdul Muiz Abdul Hakim. Diharapkan Allah mengganjari stiap titik peluh keringat pengorbanan mereka untuk masyarakat USIM. Tidak ketinggalan juga kepada ayahanda Dato’ NC dab barisan kepmpinan university yang sentiasa berusaha mengangkasa nama university dan membangunkan pelajar baik aspek akademik mahupun sahsiah.

                Harapan saya, agar kepercayaan yang diberi ini akan dimanfaatkan sebaiknya. Disamping melatih diri kami untuk menjadi pemimpin untuk ummah, kami juga akan sentiasa berusaha untuk membawa university kearah yang lebih baik demi merealisasikan visi university kita bersama.


Segala yang baik itu daripada Allah dan buruk itu adalah kelemahan saya sendiri, hakikatnya segalanya dating dari yang maha esa. Wabillahi taufik wal hidayah waalaikum salam warahmatullah wabarakatuh.

Thursday, November 15, 2012

Perutusan YDP MPP USIM Sempena Sambutan Maal Hijrah 1434H



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Bismillahirrahmanirrahim

Siswa/i USIM sekalian,

1. Penghijrahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah menzahirkan kelebihan yang pelbagai dan bermanfaat untuk dihayati oleh mahasiswa/i dalam usaha membentuk mahasiswa berjiwa al-Abrar. Apa yang ditekankan dari peristiwa ini antaranya adalah peranan kepada mahasiswa/i untuk menyeru masyarakat agar kembali kepada pengamalan Islam yang sebenar.

2. Kita menyeru masyarakat untuk berhijrah daripada perbuatan syirik kepada tauhid, dari kufur kepada iman, dari melakukan maksiat kepada taat, dari riak kepada ikhlas, dari takbur kepada tawaduk, dari malas kepada rajin dari khianat kepada amanah, dari dusta kepada jujur, dari perpecahan dan permusuhan kepada perpaduan dan berkasih sayang.


3. Selain itu, Baginda meneruskan agenda transformasi perpaduan dengan menyatukan dua golongan yang telah beratus-ratus tahun bermusuhan sesama sendiri iaitu golongan Aus dan Khazraj, lalu dikenali sebagai Ansar. Begitu juga dengan golongan yang datang dari Mekah yang diberi nama golongan Muhajirin. Hasilnya, terbentuk satu masyarakat yang bersatu padu di bawah ikatan ukhuwwah Islamiah yang berpaksikan Allah SWT dan RasulNya. Benih persaudaraan yang ditanam oleh Nabi Muhammad SAW telah berjaya membentuk satu ikatan yang kukuh di kalangan umat Islam pada ketika itu.


4. Nikmat keamanan dan keharmonian yang kita peroleh di USIM ini adalah dari izin Allah SWT dan berkat keutuhan dan kebersamaan warga USIM dalam memacu aspirasi universiti. Justeru, anugerah perpaduan yang kita peroleh ini hendaklah dihargai dan disyukuri oleh semua warga USIM

Menerusi peristiwa hijrah, dapat kita ambil beberapa noktah penting untuk diaplikasikan oleh mahasiswa/i USIM dalam menghayati peranan sebagai mahasiswa/i. Antaranya ialah:

  1. Menghayati peranan sebenar sebagai seorang anak, penuntut ilmu dan hamba Allah SWT
  2. Melengkapkan diri dengan sifat-sifat mahmudah yang dianjurkan oleh Islam.
  3. Memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan mahasiswa/i.

Mengakhiri perutusan, saya mewakili barisan MPP USIM mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah 1434 kepada semua mahasiswa/i USIM


“Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah”.


MOHAMAD RAZIF MOHAMAD FUAD
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
SESI AKADEMIK 2012/2013

Thursday, October 25, 2012

Perutusan YDP MPP USIM Sempena Sambutan Aidil Adha 1433H



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الله اكبر الله اكبر الله اكبر ولله الحمد
Ikhwah dan akhawat USIM sekalian,

1. Al-Syahid Imam Hassan al-Banna dalam Majmuah al-Rasa'il menyatakan bahwa berkorban ialah menyumbang jiwa, harta, masa dan nyawa serta segalanya demi mencapai matlamat. Di dunia ini, tiada jihad yang tidak menuntut pengorbanan.

2. Segala pengorbanan yang disumbangkan tidak akan disia-siakan, sebaliknya akan dibalas dengan ganjaran yag lebih besar dan pahala yang lebih berganda. Firman Allah SWT dalam surah al-Taubah ayat 111,


 إِنَّ اللَّهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنْفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga..."

Firman Allah SWT dalam surah al-Taubah ayat 24, 

قُلْ إِنْ كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّى يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).

Firman Allah SWT dalam surah al-Fath ayat 16,

فَإِنْ تُطِيعُوا يُؤْتِكُمُ اللَّهُ أَجْرًا حَسَنًا
"Jika kamu taat (menjalankan perintah Allah ini), Allah akan mengurniakan kamu dengan balasan yang baik (di dunia dan akhirat)..."

3. Apabila bertembung antara sifat sayang terhadap anak dan ketaatan kepada Allah SWT, maka Nabi Ibrahim alaihissalam mengorbankan sifat sayang itu demi menjunjung perintah Allah SWT. Begitu juga Nabi Ismail alaihissalam yang mengorbankan sifat sayang kepada ayahanda dan bondanya semata-mata mendahulukan perintah Allah SWT  Hasilnya, kedua-duanya mendapat pujian daripada Allah SWT dan dianugerahi pelbagai nikmat. 

4. Pengorbanan bagi mahasiswa Islam menuntut masa, wang ringgit, berkorban jiwa raga, tenaga fikiran, perasaan, mengorbankan kepentingan diri bagi memperolehi ilmu pengetahuan dan keredhaan Allah SWT. USIM tidak dibina melainkan utk melahirkan produk-produk Muslim yang Muttaqin (bertakwa) dan Muthaqqafin (berilmu pengetahuan tinggi) yang bakal menentukan corak kepimpinan Malaysia pada masa hadapan. Justeru, tanggungjawab yang besar telah digalas oleh kita bersama.

5. Saya mewakili barisan Majlis Perwakilan Pelajar USIM sesi 2012/2013 mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha. Semoga Aidil Adha kali ini mampu membawa kita ke arah pengamalan Islam yang lebih baik dan sempurna. InsyaAllah.

Mohamad Razif Mohamad Fuad
Yang Dipertua,
Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2012/2013
Universiti Sains Islam Malaysia 

**********


Brothers and sisters,

1. Al-Syahid Imam Hassan al-Banna in Majmuah al-Rasa'il said that sacrifice means contributing the soul, wealth, time, life and everything in order to achieve the goal. In this world, there is no struggle (jihad) that does not require sacrifice.


2. All sacrifices will not be wasted; on the contrary, they will be awarded with a larger reward. Allah says in Surah al-Taubah verse 111,


 إِنَّ اللَّهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنْفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ

 “Indeed, Allah has purchased from the believers their lives and their properties [in exchange] for that they will have Paradise...”

Allah says in surah al-Taubah ayat 24, 

قُلْ إِنْ كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّى يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ


“Say, [O Muhammad], "If your fathers, your sons, your brothers, your wives, your relatives, wealth which you have obtained, commerce wherein you fear decline, and dwellings with which you are pleased are more beloved to you than Allah and His Messenger and jihad in His cause, then wait until Allah executes His command. And Allah does not guide the defiantly disobedient people.”

Allah says in surah al-Fath ayat 16,


فَإِنْ تُطِيعُوا يُؤْتِكُمُ اللَّهُ أَجْرًا حَسَنًا

“So if you obey, Allah will give you a good reward (in life and hereafter)...”


3. When once there was a clash between the love of his own child and devotion to God, Abraham, peace be upon him, took it in his stride to put God’s orders above everything else. Likewise, Prophet Ismail, peace be upon him, sacrificed the nature of his love towards his father and mother purely for the sake of Allah the Almighty’s command. As a result, both received praise from Allah and awarded various favors.


4. For Muslim students, the act of sacrifice demands time, money, body, soul, the strain of thoughts, feelings, and also at the expense of one’s own self-interest in order to acquire knowledge and the love of Allah. USIM is built for the purpose of producing Muslims who are Muttaqin (pious) and Muthaqqafin (knowledgeable) which will determine the pattern of Malaysia's future leadership. Therefore, the responsibility is being shouldered by us all.

5. On behalf of USIM Students’ Representative Council (2012/2013), I would like to wish Happy Eid Al-Adha to everyone. May the Eid Al-Adha this time can help us be better and more accomplished in practicing Islam. God willing.

Mohamad Razif Mohamad Fuad
President,
Students' Representative Council 2012/2013
Universiti Sains Islam Malaysia