1 Okt, Nilai- Mohamad Razif Mohamad Fuad, mewakili MPP USIM telah dijemput untuk hadir ke mesyuarat bersama Sekretariat Pelajar Luar Kampus. Mesyuarat itu diadakan pada jam 9.30 malam di Surau Desa Anggerik. Ia dihadiri oleh wakil-wakil pelajar dari taman-taman berdekatan.
Menurut Fikri, selaku pengerusi Sekretariat Pelajar Luar Kampus, "Kami amat prihatin terhadap beberapa masalah keselamatan luar kampus. Selain dari itu, kami berhasrat untuk mewujudkan hubungan yang lebih erat antara pelajar dan masyarakat setempat."
Antara program terdekat anjuran bersama MPP USIM dan Sekretariat Pelajar Luar Kampus adalah taklimat keselamatan yang melibatkan semua pelajar luar kampus. Taklimat ini bakall dihadiri oleh wakil dari Bahagian Keselamatan USIM dan pegawai polis Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai.
Sekretariat Pelajar Luar Kampus adalah cetusan idea dari Jawatankuasa Peralihan Perwakilan Pelajar (JPPP) USIM sesi 2012 dan ia kemudiannya diserapkan di bawah Biro Kebajikan MPP USIM sesi 2012/2013
0 ulasan:
Post a Comment