Image and video hosting by TinyPic

" SEIRING MENERAJUI INSAN PERKASA "

Image and video hosting by TinyPic

Friday, November 2, 2012

K-Pop Storm Live: MPP USIM Tuntut Penganjurannya Diteliti Semula



Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (MPP USIM) menuntut dan mendesak pihak berwajib mengkaji semula penganjuran  “WBS Concert: K-Pop Storm Live in Malaysia" yang akan diadakan pada 6 November ini bertempat di Surf Beach, Sunway Lagoon, Petaling Jaya. 

MPP USIM melihat ia bakal membawa imej yang kurang baik kepada pihak kerajaan sebagaimana penganjuran konsert K-Pop pada 25-26 Mei 2012 sempena sambutan Hari Belia Negara. Pelbagai tohmahan diterima oleh pihak kerajaan berhubung penganjuran konsert tersebut

Menurut laporan dari akhbar Utusan Malaysia bertarikh 30/10/2012, konsert WBS Concert: K-Pop Storm Live in Malaysia ini dibawakan khas oleh WBS dengan kerjasama dari syarikat pengurusan Happy Entertainment, Mega Ultimate dan CFA x NUDE serta Ticket Charge sebagai agen tiket rasmi, Sunway Lagoon sebagai penaja lokasi konsert dan disokong oleh Korean Tourism Organization bersama Tourism Malaysia.

Selain dari itu, penganjuran WBS Concert: K-Pop Storm Live in Malaysia jua dilihat kurang sesuai dengan imej Malaysia sebagai sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi persekutuan. Kebenaran penganjuran konsert ini seolah-olah menggambarkan ketidakprihatinan kerajaan terhadap sensitiviti umat Islam dan adab ketimuran walaupun pada hakikatnya, gambaran itu samasekali tidak tepat. Kerajaan Malaysia jelas prihatin terhadap isu-isu Islam semasa dan sentiasa berusaha meningkatkan syiar Islam di Malaysia disamping memelihara adab-adab ketimuran yang tinggi.

Sehubungan dengan itu, MPP USIM berharap agar :

1. Pihak kerajaan menilai semula kebenaran penganjuran konsert ini demi menjaga imej Malaysia sebagai sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi persekutuan dan memelihara keutuhan adab-adab ketimuran.
2. Pihak penganjur mengkaji semula penganjuran  “WBS Concert: K-Pop Storm Live in Malaysia.
3. Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) dan Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) mengeluarkan kenyataan dan pendirian berhubung konsert WBS Concert: K-Pop Storm Live in Malaysia.

Sebagai alternatif, MPP USIM mencadangkan : 

1. Konsert ini diadakan secara tertutup.
2. Tidak melibatkan audien ataupun ahli jawatakuasa penganjur yang beragama Islam.
3. Mematuhi Garis Panduan Hiburan Dalam Islam yang telah ditetapkan oleh JAKIM

Mohamad Razif Mohamad Fuad
Yang Dipertua,
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Sains Islam Malaysia


29 ulasan:

  1. Tahniah,satu tuntutan yang mencerminkan imej Islam !!! Moga mendapat respon positif dari pihak berkenaan.

    ReplyDelete
  2. 2. Tidak melibatkan audien ataupun ahli jawatakuasa penganjur yang beragama Islam.
    3. Mematuhi Garis Panduan Hiburan Dalam Islam yang telah ditetapkan oleh JAKIM

    Tak bercanggah ke no 2 dan 3? Maksud ana, kalau dah tak melibatkan ajk dan audiens Islam, jadi..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muhammad Ruslan.

      Tak bercanggah. boleh semak kandungan Garis Panduan Hiburan dalam Islam tersebut :)

      Delete
  3. mabrook..!!
    terus perdengarkan suara mahasiswa Islam yg concern terhadap 'karat2 jahiliyah' yg semakin menular dlm negara..
    sekiranya boleh dikongsikan di sini apakah tindakan yg MPP usim telah buat utk menyampaikan harapan dan alternatif spt yg tertera di atas? jzk

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah disuarakan pada MPPK. Tapi masih tiada respon. Dah dihantar juga pada akhbar2 utama

      Delete
  4. emmm....saya rasa perkara ni jugak perlu apply kat konsert artis Malaysia...yang rata2 tidak memakai pakaian menutup aurat ( skirt pendek, pakaian ketat dan sebagainya) and juga x mencerminkan imej Islam...especially artis2 Malaysia yg muslim...Dan juga artis-artis barat yang buat performance di Malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..setuju...benda ini harus dibetulkan dari dalam negara malaysia dahulu kerana artis muslim malysia sndiri tidak bertudung masih boleh diterima tetapi berpakaian seperti tidak cukup kain...jika nak tuntutan ini berjalan dgn lncar dgn izin ALLAH, silalah buat tuntutan dahulu utk muslimin muslimat (para artis yg bragama islam) wasalam

      Delete
  5. Saya rasa penulis x pernah lihat "Pertunjukan KRU' di padang UITM, dimana ia adalah " brief concert" di mana pelajar boleh berdiri di padang "free standing" atau pun duduk di tempat duduk stadium "free seating" pada waktu malam 8.00pm. Ini bukan pasal "K-pop" je, university lain pun pernah buat mende yang 100% sama dengan ni >.> Walaupun the rest of the event is just "Karaoke" by student and nak "celebrate something" (tak ingat), tapi lebih kurang serupa je, buat kat stadium terbuka (di UITM). Kalau nak comment, jangan titik "K-pop" je bile artis tempatan/ university pun buat mende cam ni. Kalau nak haramkan K-pop, then actually semua event yang artist tempatan kita buat selama ni dah tak boleh buat dah. Setiap tahun, kita malaysia xkan buat apa event dah. Walaupun event tu 2 jam je dan kita cuma nak tgk persembahan je, tp kalau xbenarkan tu, apa2 je la.

    ReplyDelete
  6. This so-called review should be done to Malaysian artists and those from the west too. I don't understand why are you guys always put the blame on K-pop. I mean like, it's not that Malaysian artists who are MUSLIMS don't do concerts. They do! They even wear something more exposing than K-pop artists. Please, don't put the blame on K-pop. Consider Malaysians and those from the west too. This is embarrassing guys. If K-pop Storm is cancelled because of this shitty review, you should feel guilty and embarrass. Plus, what about the upcoming concert with J-Lo? She wears sexy and exposing clothes, but do you even care to make a so-called review on her? NO. As for Malaysian artists, for MUSLIM girls/women especially, do they cover their aurat? NO. Do you guys even complain about it? NO. K-pop artists are not Muslims, guys. Yet, you guys are still talking about their clothes. It's so unprofessional to make this so-called kind of review.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I totally agree with u Reihana!!! CONGRATULATIONS WEI!!! SKANG ORGANISER HAS CANCELLED THE CONCERT..U GUYS SHOULD BE PROUD I GUESS,..MENYUSAHKAN ORNG DH BELI FLIGHT TICKET, DH BOOK HOTEL...WAH ISLAM NYA!!! HUH!! U SHOULD BE ASHAMED OF URSELF!! AS LONG AS DIORANG G CONCERT INGAT NAK SEMAYANG SO WHAT'S WRONG WITH THAT/..BYK LAGI LA BENDA YG PERLU DIBETULKAN KAT MALAYSIA NIII!! KENAPA KPOP? KO TANYA DULU ARTIS MALAYSIA YANG ISLAM TU...!!! RIDICULOUS!!!!!!!!!!!!!!

      Delete
  7. Wah hebat statement ni, tapi kenapa Kpop baru nak teringat ttg Islam? bawa J. Lo, ke artist barat lain x pula fikir?

    ReplyDelete
  8. Dont blame to much on kpop.. Since 2003 I love kpop... They r better than the hollywood artist.. Hollywood artist punya fesyen lg teruk drpd kpop artist... Malaysian artist pun apa kurgnya.. Konsert jom heboh pun lbey kurg mcm konsert2 lain... Jgnla smpai batalkan konsert. Lg buruk nama Malaysia.. Diorg dtg sini pertukaran duit byk.. B4 this artis Korea dtg wat show, shopping smpai 42k.. Kalo nk betah soal agama nie kne menyeluruh.. Sume artis hollywood, malaysia, n kpop artis kne patuh garis panduan.. Konsert JlO tu sure ke dia sopan??? I dont think so...

    ReplyDelete
    Replies
    1. we dont said to 'teliti' semula the concert...if the concert follow the rule of Islam rules, its ok..yes..before this kita juga berusaha utk membantah artis-artis hollywood dan artis barat yang lain seperti J.LO tu, tp budaya tu krang ditonjolkn sgt..tp berbeza dgn budaya k-pop ni..sgt berleluasa sehinggakn ank2 kecil pon sudah arif tentang artis k-pop berbanding arif tntang nabi dan rasul mereka. adakah budaya itu yg mahu ditonjolkan?

      Delete
    2. I bet that little kids only know GANGNAM STYLE. I mean like, seriously. Go search something about BIEBER FEVER.

      Delete
    3. Ana izzat: itu silap mak dia lah. Silap k-pop kenapa pulak. Tugas parents lah untuk didik anak2 pasal para nabi2 dan rasul2. There's nothing to do with putting interest in k-pop kalau anak2 kurang ilmu pengetahuan dalam ilmu agama. Dengan mengaitkan sekali dgn k-pop, ain't it sound a lil off?

      And yes, I do agree. LIL KIDS LOVE BIEBER MORE THAN K-POP ARTISTS lah -___-

      Delete
  9. harap2 dengan y satu review ni, y lain pun akan terasa lah jugak, dan ambil tindakan yang sama.., sy x rasa pihak mpp usim 'berat sebelah' untuk isu k-pop shj, cuma ini y terbaru , dan jumlah utk ditanggung pun besar..

    ReplyDelete
  10. This is misleading.

    Based on official press statement from organizer regarding the cancellation, the actual reason for the cancellation is because of internal conflicts involving the organizers.

    So dont blame too much to those students who just voice out to express their opinion on that issues in this democratic country.

    Nothing wrong to have entertainment, but Don't forget Allah. :)

    ReplyDelete
  11. pffffff..RIDICULOUS!like others said,,artis luar negara yg lagi seksi dr kpop tu tak nak plak cancel??tuh yg konsert artis omputih yg siap tuang arak bagai tuh,,tanak plak jd isu??i'm not put aside about islam..but cn u think back whyyyyyy laaa kpop jea u guys want to put the blame on??why????disappointed TT.TT kalo pegi tgk sendiri konsert kpop,, artis kpop lagi sopan dpd artis omputih bagai tuh!

    ReplyDelete
  12. typical kpopers~~~menidakkan benda yang betul~~i went to a concert before..yang pergi solat, tak sampai 100~~tu concert yang start pukul 8.30..after isyak..ni, concert yang start betul2 sebelum maghrib~~camne tu???
    admin, harap bersabar dengan komen diorang ni..
    btw, konsert dah cancelled~~kesian yang dah beli tiket..
    suddenly rindu kat zaman dulu-dulu..zaman Pussycat Dolls kena stopkan performance diorang sebab seksi sangat..haha..patut buat balik camtu~~baru betul2 ISLAM..haha
    P/S- to all kpopers, enjoy it while it last..next year they might be no kpop or what so ever concert ever~~haha..

    ReplyDelete
  13. To MPP USIM,

    Kudos for the good effort.

    Islam means well by not allowing such hedonistic lifestyle.

    To those whose complaint only from the aspect of finacial purposes because you had spent on hotels and transport, the loss is only minimal comparing to the impact it has on youth, and by incurring the wrath of Allah!

    I think students organization, NGOs have always written, lodged complaints against concerts be it local or abroad, but because these artists were not of your type, you missed the news! That's all!

    ReplyDelete
  14. care tuh da btol..xde pon salah..tp kalo nk btulkan,betulkan semua..bukan point KPOP jer...j.lo dtg??justin bieber???berape ramai dak universiti lelagi universiti ISLAM yg tekinje2 kt justin biber nyer konsert...COME ON la..do not blame KPOP just because its a TREND..waktu dlu mase KPOP x jd TRend xde plak bunyik korg nih..skarg ni??kate MPP tapi mentaliti zaman purba..

    ReplyDelete
    Replies
    1. i agree dlu masa konsert sbelum ni xda sgt pihak yg suarakn bantahan terhadap prkara trsebut, tp tak kan la kita nk trus tenggelam wlaupon kita da tahu akan masalah tersebut... jgn kita lihat sejarah dan hanya membiarkn sj iya berlalu..

      Delete
  15. dulu mgkn xde org suarakn bnthn sbb dulu kita mgkn Islam sekadar pd nama..tp skrg bersyukurlah sbb dlm klgn rmai2 manusia, ada yg sensitif dgn perkara ni n bantah dri terus berleluasa.

    smpai bila generasi muda kita nk kenyang dgn hiburan semata2? sedih.



    ReplyDelete
  16. insyaAllah selamanya perkara yang benar akan menewaskan yang batil..

    ReplyDelete
  17. menjadi kewajipan kepada kita yang sedar ini untuk mengetuk minda dan fikiran insan-insan di sekeliling kita yang masih lena dan enak diulit mimpi hiburan yang melampaui tak berkesudahan..

    ReplyDelete
  18. Tak tengok konsert pon utube pon dah melambak kepop2 ni. Seumur hidup aku lah, tak pernah nak serius tentang muzik yang cam hampeh kepop2 or gengnam2 tu. Korang semua kemaruk muzik bodoh tu aku ape kesah, yang penting, diri sendiri tak tengok. Buatpe nak kecoh2 maki orang sane sini pasal hal camni. Takde pemikiran yang positif langsung. Dasarnya, ask yourself. ~sigh

    ReplyDelete
  19. Ahaha, come on la, k-pop storm batal sebab diorang ni? Ridiculous and tak mungkin la kan. Apa barang setakat suara MPP. Berkuasa hanya pada peringkat universiti saja *gelak evil* kikiki

    ReplyDelete
  20. kudos to MPP USIM. :)

    well, just a personal comment to Apepontakbleh (who might not read this but still, I just want to express what I have inside)

    "yang penting, diri sendiri tak tengok. Buatpe nak kecoh2 maki orang sane sini pasal hal camni. Takde pemikiran yang positif langsung."

    you should be proud of these people for doing this. come on. if everyone has the same thinking as yours, the would wont get better. I mean, if you clearly see that's something is wrong with a building, will you just sit back and do nothing? and wait till the building actually destruct?

    these people(mpp usim)... because they truly care for the muslim ummah that they decide to do this.
    and if you dont wanna lend a hand to help, would you at least appreciate what they have done?

    ReplyDelete