Image and video hosting by TinyPic

" SEIRING MENERAJUI INSAN PERKASA "

Image and video hosting by TinyPic

Thursday, November 15, 2012

Perutusan YDP MPP USIM Sempena Sambutan Maal Hijrah 1434H



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Bismillahirrahmanirrahim

Siswa/i USIM sekalian,

1. Penghijrahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah menzahirkan kelebihan yang pelbagai dan bermanfaat untuk dihayati oleh mahasiswa/i dalam usaha membentuk mahasiswa berjiwa al-Abrar. Apa yang ditekankan dari peristiwa ini antaranya adalah peranan kepada mahasiswa/i untuk menyeru masyarakat agar kembali kepada pengamalan Islam yang sebenar.

2. Kita menyeru masyarakat untuk berhijrah daripada perbuatan syirik kepada tauhid, dari kufur kepada iman, dari melakukan maksiat kepada taat, dari riak kepada ikhlas, dari takbur kepada tawaduk, dari malas kepada rajin dari khianat kepada amanah, dari dusta kepada jujur, dari perpecahan dan permusuhan kepada perpaduan dan berkasih sayang.


3. Selain itu, Baginda meneruskan agenda transformasi perpaduan dengan menyatukan dua golongan yang telah beratus-ratus tahun bermusuhan sesama sendiri iaitu golongan Aus dan Khazraj, lalu dikenali sebagai Ansar. Begitu juga dengan golongan yang datang dari Mekah yang diberi nama golongan Muhajirin. Hasilnya, terbentuk satu masyarakat yang bersatu padu di bawah ikatan ukhuwwah Islamiah yang berpaksikan Allah SWT dan RasulNya. Benih persaudaraan yang ditanam oleh Nabi Muhammad SAW telah berjaya membentuk satu ikatan yang kukuh di kalangan umat Islam pada ketika itu.


4. Nikmat keamanan dan keharmonian yang kita peroleh di USIM ini adalah dari izin Allah SWT dan berkat keutuhan dan kebersamaan warga USIM dalam memacu aspirasi universiti. Justeru, anugerah perpaduan yang kita peroleh ini hendaklah dihargai dan disyukuri oleh semua warga USIM

Menerusi peristiwa hijrah, dapat kita ambil beberapa noktah penting untuk diaplikasikan oleh mahasiswa/i USIM dalam menghayati peranan sebagai mahasiswa/i. Antaranya ialah:

  1. Menghayati peranan sebenar sebagai seorang anak, penuntut ilmu dan hamba Allah SWT
  2. Melengkapkan diri dengan sifat-sifat mahmudah yang dianjurkan oleh Islam.
  3. Memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan mahasiswa/i.

Mengakhiri perutusan, saya mewakili barisan MPP USIM mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah 1434 kepada semua mahasiswa/i USIM


“Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah”.


MOHAMAD RAZIF MOHAMAD FUAD
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
SESI AKADEMIK 2012/2013

0 ulasan:

Post a Comment