Image and video hosting by TinyPic

" SEIRING MENERAJUI INSAN PERKASA "

Image and video hosting by TinyPic

SELAMAT DATANG KE WEB RASMI MPPUSIM

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

what image shows

HUBUNGI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

what image shows

Selamat Bercuti Buat Semua Mahasiswa/wi USIM

Semoga Pulangnya Mahasiswa/wi USIM ke Kampung Halaman Terus Mengislahkan Ummah

what image shows

Selamat Menghadapi Peperiksaan Buat Semua

SEMOGA KEJAYAAN MENGIRINGI KALIAN

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Showing posts with label Respon Isu. Show all posts
Showing posts with label Respon Isu. Show all posts

Friday, February 5, 2016

Mahasiswa; Terhimpit dan Dihimpit!


Mahasiswa; Terhimpit dan Dihimpit!



'Mahasiswa manja' merupakan satu label yang telah diletakkan oleh segelintir pihak keatas golongan mahasiswa hari ini. Gelaran ini sedikit sebanyak telah mencetuskan kontroversi dan menjadi polemik dalam kalangan mahasiswa khususnya. Pada pandangan saya, ukuran manja yang dimaksudkan bukan sekadar dalam pengurusan kewangan sahaja, tetapi juga dalam aspek kemandirian dan pengurusan diri. Segelintir mahasiswa hari ini, pada hemat saya, lebih 'manja' dalam berdikari dan telalu berada dalam zon selesa di kampus sendiri. Gelaran tersebut bukanlah salah, tetapi tidak tepat dan keterlaluan jika dipukul rata kepada mahasiswa secara keseluruhannya.

Benar, kenaikan harga barang dan kos sara hidup telah memberi kesan yang signifikan kepada kedudukan kewangan mahasiswa. Akan tetapi, ianya bukanlah punca utama yang menyebabkan mahasiswa terpaksa 'ikat perut'. Lebih ramai mahasiswa yang terpaksa 'ikat perut' kerana kedudukan kewangan diri dan keluarga yang kurang baik dan semakin terjejas kerana kenaikan harga barangan dan penurunan matawang negara. Jadi, penentuan corak hidup dan pengurusan wang lebih dicorakkan oleh sikap, gaya dan taraf hidup seseorang itu disamping kenaikan harga barang dan kos sara hidup.

Selain itu, memandangkan kepada evolusi pembelajaran dan komunikasi hari ini yang memaksa mahasiswa untuk menggunakan telefon pintar dan aplikasi atas talian, keperluan kepada sebuah telefon pintar menjadi penting kepada golongan ini. Sungguhpun begitu, hanya sebilangan sahaja yang bersikap suka bertukar telefon pintar, berbelanja dengan pakaian mahal. Budaya menukar telefon bimbit dan barangan bukan keperluan kebanyakannya berlaku dalam kalangan golongan yang mampu dan mempunyai taraf hidup yang lebih tinggi.

Tidak tepat jika kita katakan mahasiswa tidak pandai mengurus kewangan diri kerana terdapat juga golongan mahasiswa yang bijak dalam mengurus kewangan. Kenaikan harga makanan dan barangan keperluan yang semakin meningkat hari ini, sedikit sebanyak telah mengubah gaya hidup dan perbelanjaan segelintir golongan mahasiswa yang mempunyai kedudukan kewangan yang rendah dan sederhana. Tidak dinafikan bahawa ramai mahasiswa yang mempunyai kekangan kewangan dihujung semester, akan tetapi tidak wajar untuk mengatakan bahawa mahasiswa tidak pandai mengurus kewangan sendiri jika selama ini wang yang diperoleh dari keluarga, pinjaman PTPTN, bantuan zakat atau biasiswa hanya mencukupi untuk yuran, makan minum dan keperluan asasi.

Walaubagaimanapun, gelaran 'Mahasiswa manja' sama sekali tidak wajar dilabel kepada golongan ini dengan hanya menyandarkannya kepada penilaian pengurusan kewangan semata-mata. Lebih banyak aspek yang perlu diambil kira sebelum melabel golongan mahasiswa ini sebagai manja.


Nurhidayah Syahira Binti Muhammad Radzi
TImbalan Yang Di-Pertua
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Sains Islam Malaysia

Mahasiswa Millenia; Manja atau Teraniaya?


Mahasiswa Millenia; Manja atau Teraniaya?


Baru-baru ini Negara digemparkan dengan kejadian seorang pelajar Sarjana Muda Psikologi Universiti Awam terpaksa menahan lapar sehingga menyebabkan ususnya tercedera dek kerana keadaan kewangan yang terlalu mendesak dan perlu berjimat. Kemudian terjadi pula isu mahasiswi yang pengsan kerana sanggup berlapar untuk mengurangkan perbelanjaan. Ini hanya merupakan beberapa insiden yang dipaparkan dalam menzahirkan kesusahan yang dihadapi mahasiswa dalam era ekonomi pasca GST ini tetapi ironinya, Mahasiswa dituduh manja. Penulis berpendapat istilah ‘Manja’ ini merupakan suatu pandangan yang bersifat skeptical dan pukul rata dek kerana salah tadbir kewangan sekelompok kecil mahasiswa. Tetapi hari ini, jika mahasiswa dilabel semuanya manja itu adalah tidak adil. Tidak dinafikan mahasiswa kita masih dihujani pelbagai kelebihan berbanding dengan negara lain dari sudut bantuan dan sebagainya. Dengan kesediaan kerajaan menyediakan bantuan kewangan samada biasiswa, dermasiswa, bantuan pelajaran dan sebagainya amatlah meringankan beban kepada para mahasiswa dalam kehidupan seharian di kampus.

Tetapi ini bukan alasan yang konkrit untuk mengatakan mahasiswa kita manja dan terlalu mengharapkan kerajaan. Saya takut ada pihak berselindung dek kegagalan menjaga kebajikan mahasiswa, menuduh mahasiswa manja untuk menutup kelemahan diri mereka. Namun begitu, perlu diakui hakikat bahawa ada segelintir mahasiswa yang lemah dalam pengurusan kewangan sehingga memudaratkan diri mereka sendiri. Tetapi masih ramai yang benar-benar kesempitan walaupun telah mendapat bantuan kerana kehidupan yang mencengkam dalam keadaan yang terkadang kita tidak terfikir pun. 

Kenaikan kos sara hidup baru- baru ini yang dimulakan dengan pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan sangat membebankan rakyat. Dalam pada TImbalan Menteri Kewangan cuba meyakinkan rakyat bahawa GST menguntungkan dan tidak akan membebankan rakyat, jelas perkara ini ternyata indah khabar dari rupa. Seterusnya dengan kenaikan kadar tol terus menerus memberikan impak yang signifikan dalam kehidupan rakyat dan tidak cukup dengan itu, kenaikan kadar tambang pengangktan awam sehingga ada yang melebihi 50% menjadikan keadaan ekonomi rakyat lebih parah. Golongan yang sangat terkesan adalah golongan mahasiswa. Mahasiswa yang tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh dan bergantung kepada bantuan kewangan atau biaya dari ibu bapa ini terpaksa berkira-kira dalam perbelanjaan harian.

Untuk mengatakan mahasiswa menghabiskan wang pada pakaian yang mahal dan gajet yang menjadi kegilaan sesetengah golongan mahasiswa yang berkeinginan hidup dalam keadaan kemewahan atau ‘hipster’ adalah tidak benar secara total. Perlu diakui sememangnya wujud segelintir mahasiswa yang salah tadbir kewangan mereka sehingga memudaratkan diri mereka sendiri. Tetapi untuk menjadikan golongan ini sebagai kayu ukur untuk mengatakan mahasiswa manja adalah tidak adil. Kerana masih ramai yang benar-benar hidup dalam kesusahan, dihimpit dalam kesempitan hidup, kemiskinan keluarga yang mendorong untuk mereka lebih mengutamakan keluarga melebihi mereka sendiri. Adapun kenaikan kos sara hidup mengeruhkan lagi keadaan. Nilai matawang terasa begitu kecil nilainya. Bahkan ada dalam sebahagian mahasiswa yang terpaksa menangguhkan pengajian kerana factor kewangan. 

Saranan beberapa tokoh Negara dalam bidang ekonomi mahupun pendidikan yang menyarankan agar mahasiswa seharusnya melakukan kerja sambilan untuk menampung kehidupan seharian mereka dan membandingkan kehidupan lampau mereka dengan reality mahasiswa hari ini ada betulnya tetapi tidak secara keseluruhannya. Cabaran zaman adalah berbeza. Namun penulis mencadangkan agar pihak kerajaan untuk mengambil langkah proaktif untuk menemukan formula yang berkesan bagi menggalakkan mahasiswa bekerja secara sambilan kerana reality hari ini, mahasiswa masih terikat dengan jadual pembelajaran yang padat, tugasan yang perlu disiapkan, bertujuan untuk memenuhi kehendak pembelajaran. Selain itu juga, perlu ada usaha daripada pihak kerajaan untuk mewujudkan polisi perlindngan kepada mahasiswa yang sedang bekerja sambilan untuk mengelakkn golongan ini daripada dieksploitasi oleh para majikan yang tidak bertanggungjawab. Universiti juga disaran untuk memberikan jadual pembelajaran yang fleksibel untuk memberi ruang kepada mahasiswa bekerja sambilan andai ini solusi yang konkrit untuk membantu memulihkan kewangan mahasiswa, sebagaimana yang dicanang oleh beberapa ahli akademik dan ekonomi. 

Dato Seri Idris bin Jusoh, Menteri Pendidikan TInggi dalam kenyataannya menyebut, “sebanyak RM 5,228,353.50 dan RM 15,279,291.84 daripada Tabung Kebajikan Mahasiswa dibelanjakan untuk kebajikan mahasiswa pada 2015”. Ironinya, penerima hanyalah disasarkan kepada golongan yang dalam kategori miskin dan tidak berkemampuan padahal dalam skop kehidupan hari ini, tragedi mahasiswa kelaparan kini tidak lagi menjadi hakmilik ekslusif pelajar kelas ini sahaja tetapi juga telah melanda pelajar yang dikelaskan “sederhana”. Seharusnya, penerima harus diperluaskan lagi dan bantuan perlu diperhebat agar tumpuan mahasiswa boleh dihalakan secara total pada pendidikan dan tidak terkesan oleh gangguan yang tidak sepatutnya menimpa mahasiswa ini. 

Sehubungan dengan itu, harapan menggunung penulis agar perhatian semua pihak terarah kepada isu ini kerana isu ini bukan sahaja mampu membantutkan pendidikan Negara, tetapi bakal merugikan Negara apabila kebajikan mahasiswanya terabai. Insiden yang terjadi melibatkan mahasiswa kelaparan yang dipaparkan sebelum ini diharapkan mampu menyedarkan semua pihak akan cabaran mahasiswa hari ini bukanlah seperti puluhan tahun yang dulu. Semua badan tidak kiralah dari pihak kerajaan, badan korporat mahupun individu seharusnya berganding bahu untuk menyelesaikan kemelut ini dan menuding jari untuk menutup kesalahan diri tidak akan menyelesaikan isu ini. Diharapkan juga agar mahasiswa yang terlibat dalam salah tadbir kewangan untuk lebih berhemah dalam pengurusan kewangan agar tidak memudaratkan diri di kemudian hari dan memberikan persepsi buruk masyarakat kepada keseluruhan mahasiswa. Memetik kata-kata Saidina Ali Karamallah Wajhah, “Jika kamu mahu melihat masa depan sesebuah negara, maka lihatlah pemuda-pemudinya pada hari ini.” Semoga mahasiswa kita lebih berdaya saing dan bekebajikan. Dan penulis masih mengharapkan Malaysia yang lebih baik dan dipimpin oleh pemimpin yang lebih baik. Bersama Memimpin Perubahan. Wallahualam.



Imran Bin Razalle
Yang Di Pertua
Majlis Perwakilan Pelajar

Universiti Sains Islam Malaysia

Thursday, November 15, 2012

SRC USIM Condemning Israeli Attack On Gaza




SRC USIM is in total disagreement by the Israeli attacks on Gaza that caused at least 11 deaths including one of HAMAS leaders from the Izzuddin al-Qassam Brigade, Ahmad al-Jabari, on the night of 1st Muharran 1434H.


In his statement, Benjamin Netanyahu stressed that Isreal has sent a 'clear message' to HAMAS and other 'terrorist organizations' and will not hesitate to widen the attack. Israel Defense Force (IDF) has released a statement in Facebook saying that they will make sure all HAMAS leaders will be killed in future after Ahmad al-Jabari's death.

Furthermore, the United States, for sure, will always obey Israel's actions due to their pre-existing diplomatic relationship. Probably the whole world knows by now that the US is a mere puppet under the manipulation of Israel.

The Jews in the Quran
The arrogance and oppression of the Jews towards the Muslims has been told since 1400 years ago. "And We gave (Clear) Warning to the Children of Israel in the Book, that twice would they do mischief on the earth and be elated with mighty arrogance (and twice would they be punished)!" (al-Isra' verse 4). In Tafsir Jalalain has stated that the meaning of 'Earth" in the verse refers to Syam that includes Syria, Palestine, Lebanon, Jordan and the area surrounding them.

Historically, murder in the Jewish community is not uncommon. Even for their prophets, Prophet Zakaria a.s and Prophet Yahya a.s were also killed during their time. They were so proud with their actions yet the Holy Quran denies them. (al-Maidah verse 82)

Students' Role
In conjunction with USIM's mission "To be a leading centre of Islamic studies that utilizes advanced approaches and ICT to explore issues for the well-being and harmony of society and Islam", SRC USIM would like to call upon all students to

1. Be aware on the issues between Palestine and Israel.
2. Recite Qunut Nazilah frequently.
3. Instil awareness in the society and take part as a spokesperson for the Ummah.

The issues revolving Palestine not only matter towards religion, but matter towards global humanity as well. May Allah grant for the truth to prevail and the untruth to perish. Allahumma baddid shamlahum, wa farriq jam’ahum, wa shattit kalimatahum, wa zalzil aqdamahum, wa sallit ‘alayhim kalban min kilabik.

******

MPP USIM mengutuk sekeras-kerasnya serangan Israel ke atas Gaza yang mengakibatkan kehilangan sekurang-kurangnya 11 nyawa termasuk Ketua Operasi Sayap Bersenjata HAMAS, Briged Izzuddin al-Qassam, Ahmad al-Jabari pada malam 1 Muharram 1434H

Dalam satu kenyataannya yang angkuh, Benjamin Netanyahu menegaskan bahawa Israel telah menghantar ‘mesej yang jelas’ kepada HAMAS dan "organisasi pengganas" lain dan tidak teragak-agak untuk meluaskan serangan tersebut. Israel Defense Forces (IDF) pula di Facebook telah mengeluarkan kenyataan akan memastikan semua lapisan pemimpin HAMAS akan dihapuskan pada masa akan datang selepas pembunuhan Ahmad al-Jabari.

Berhubung dengan hal ini, Amerika Syarikat pastinya tidak akan membantah tindakan Israel kerana ‘hubungan erat’ yang terjalin sekian lamanya antara kedua negara dunia tersebut. Masyarakat antarabangsa sudah mengetahui yang Amerika Syarikat merupakan boneka bagi Israel. Masakan boneka akan melawan gerak tangan tuannya sendiri.

Yahudi Di Dalam al-Quran
Keangkuhan dan penindasan Yahudi terhadap kaum Muslimin telah dikhabarkan 1400 tahun dahulu lagi. Firman-Nya: “Dan Kami menyatakan kepada Bani Israel dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi dua kali, dan sesungguhnya kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang melampau.” (Surah al-Isra’ ayat 4). Dalam Tafsir Jalalain dijelaskan bahawa maksud ‘di bumi’ dalam ayat itu adalah bumi Syam yang meliputi Syria, Palestin, Lubnan, Jordan dan sekitarnya.

Pembunuhan juga bukan hal yang asing dalam sejarah Yahudi. Bahkan nabi-nabi mereka, seperti Nabi Zakaria a.s dan Nabi Yahya a.s turut dibunuh. Mereka juga dengan bangganya mendabik dada telah membunuh Nabi Isa a.s. Walaubagaimanapun, al-Quran telah menafikannya (Surah al-Maidah ayat 82).

Peranan Mahasiswa
Bertitik tolak dengan misi USIM yang “Bertekad menjadi sebuah institusi ilmu yang terkehadapan berteraskan pengajian Islam bagi menyelesaikan isu-isu masyarakat dan Islam” MPP USIM menyeru seluruh mahasiswa/i USIM agar :

  • Cakna terhadap isu pergolakan yang melibatkan Palestin dan Israel.
  • Melazimkan bacaan Qunut Nazilah.
  • Menimbulkan kesedaran kepada masyarakat dengan berperanan sebagai jurucakap ummah.

Isu Palestin bukan lagi satu isu bersifat keagamaan malah ia adalah isu kemanusiaan global. Semoga Allah SWT meninggikan yang haq dan menghancurkan yang batil. Allahumma baddid shamlahum, wa farriq jam’ahum, wa shattit kalimatahum, wa zalzil aqdamahum, wa sallit ‘alayhim kalban min kilabik.

MOHAMAD RAZIF MOHAMAD FUAD
YANG DIPERTUA,
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

Friday, November 2, 2012

K-Pop Storm Live: MPP USIM Tuntut Penganjurannya Diteliti Semula



Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (MPP USIM) menuntut dan mendesak pihak berwajib mengkaji semula penganjuran  “WBS Concert: K-Pop Storm Live in Malaysia" yang akan diadakan pada 6 November ini bertempat di Surf Beach, Sunway Lagoon, Petaling Jaya. 

MPP USIM melihat ia bakal membawa imej yang kurang baik kepada pihak kerajaan sebagaimana penganjuran konsert K-Pop pada 25-26 Mei 2012 sempena sambutan Hari Belia Negara. Pelbagai tohmahan diterima oleh pihak kerajaan berhubung penganjuran konsert tersebut

Menurut laporan dari akhbar Utusan Malaysia bertarikh 30/10/2012, konsert WBS Concert: K-Pop Storm Live in Malaysia ini dibawakan khas oleh WBS dengan kerjasama dari syarikat pengurusan Happy Entertainment, Mega Ultimate dan CFA x NUDE serta Ticket Charge sebagai agen tiket rasmi, Sunway Lagoon sebagai penaja lokasi konsert dan disokong oleh Korean Tourism Organization bersama Tourism Malaysia.

Selain dari itu, penganjuran WBS Concert: K-Pop Storm Live in Malaysia jua dilihat kurang sesuai dengan imej Malaysia sebagai sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi persekutuan. Kebenaran penganjuran konsert ini seolah-olah menggambarkan ketidakprihatinan kerajaan terhadap sensitiviti umat Islam dan adab ketimuran walaupun pada hakikatnya, gambaran itu samasekali tidak tepat. Kerajaan Malaysia jelas prihatin terhadap isu-isu Islam semasa dan sentiasa berusaha meningkatkan syiar Islam di Malaysia disamping memelihara adab-adab ketimuran yang tinggi.

Sehubungan dengan itu, MPP USIM berharap agar :

1. Pihak kerajaan menilai semula kebenaran penganjuran konsert ini demi menjaga imej Malaysia sebagai sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi persekutuan dan memelihara keutuhan adab-adab ketimuran.
2. Pihak penganjur mengkaji semula penganjuran  “WBS Concert: K-Pop Storm Live in Malaysia.
3. Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) dan Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) mengeluarkan kenyataan dan pendirian berhubung konsert WBS Concert: K-Pop Storm Live in Malaysia.

Sebagai alternatif, MPP USIM mencadangkan : 

1. Konsert ini diadakan secara tertutup.
2. Tidak melibatkan audien ataupun ahli jawatakuasa penganjur yang beragama Islam.
3. Mematuhi Garis Panduan Hiburan Dalam Islam yang telah ditetapkan oleh JAKIM

Mohamad Razif Mohamad Fuad
Yang Dipertua,
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Sains Islam Malaysia


Wednesday, October 17, 2012

MPP USIM Menyokong Penuh Penubuhan Yayasan Pembangunan Pondok 1Malaysia


Web YPP1M: http://www.pondok1msia.org.my/

MPP USIM menyokong penuh usaha penubuhan Yayasan Pembangunan Pondok 1Malaysia (YPP1M) yang akan dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak pada 8 November ini.

Menurut Penasihat Kehormat yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata, lebih 20 jabatan dan agensi kerajaan terlibat bagi menjayakan majlis gemilang YPP1M ini, yang baru ditubuhkan Ogos lalu. Selain itu, antara Ahli Penasihat YPP1M adalah, Prof Dr Uthman El Muhammady (Felo Utama ISTAC), Datuk Paduka Sheikh Hasbullah Abd Halim (Mantan Mufti Kedah) dan Tuan Guru Haji Abdullah Saamah (Pengasas Madrasah an-Najmiyyah)

Pada majlis itu juga Perdana Menteri akan menyampaikan tiga anugerah iaitu Anugerah Tokoh Pondok 2012 kepada pengasas dan mudir pondok, tiga Anugerah Pondok Contoh 2012 dan 10 pondok menerima sumbangan daripada Dato’ Sri Mohd Najib menerusi Anugerah Kasih. 

Sehubungan dengan itu, MPP USIM melihat usaha pihak kerajaan ini seharusnya diberi sokongan padu oleh semua pihak bagi memastikan kesepaduan dan kelestarian institusi pondok. Institusi pondok adalah institusi pengajian Islam tertua di Malaysia dan berperanan besar dalam usaha pengukuhan akidah Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah sejak zaman Tanah Melayu. Ia juga berperanan sebagai antara benteng bagi mempertahankan kedaulatan Islam sehingga kini.

Mohamad Razif Mohamad Fuad
Yang Dipertua,
Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2012/2103

Universiti Sains Islam Malaysia