السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الله اكبر الله اكبر الله اكبر ولله الحمد
Ikhwah dan akhawat USIM sekalian,1. Al-Syahid Imam Hassan al-Banna dalam Majmuah al-Rasa'il menyatakan bahwa berkorban ialah menyumbang jiwa, harta, masa dan nyawa serta segalanya demi mencapai matlamat. Di dunia ini, tiada jihad yang tidak menuntut pengorbanan.
2. Segala pengorbanan yang disumbangkan tidak akan disia-siakan, sebaliknya akan dibalas dengan ganjaran yag lebih besar dan pahala yang lebih berganda. Firman Allah SWT dalam surah al-Taubah ayat 111,
إِنَّ اللَّهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنْفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga..."Firman Allah SWT dalam surah al-Taubah ayat 24,
قُلْ إِنْ كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّى يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).Firman Allah SWT dalam surah al-Fath ayat 16,
فَإِنْ تُطِيعُوا يُؤْتِكُمُ اللَّهُ أَجْرًا حَسَنًا
"Jika kamu taat (menjalankan perintah Allah ini), Allah akan mengurniakan kamu dengan balasan yang baik (di dunia dan akhirat)..."3. Apabila bertembung antara sifat sayang terhadap anak dan ketaatan kepada Allah SWT, maka Nabi Ibrahim alaihissalam mengorbankan sifat sayang itu demi menjunjung perintah Allah SWT. Begitu juga Nabi Ismail alaihissalam yang mengorbankan sifat sayang kepada ayahanda dan bondanya semata-mata mendahulukan perintah Allah SWT Hasilnya, kedua-duanya mendapat pujian daripada Allah SWT dan dianugerahi pelbagai nikmat.
4. Pengorbanan bagi mahasiswa Islam menuntut masa, wang ringgit, berkorban jiwa raga, tenaga fikiran, perasaan, mengorbankan kepentingan diri bagi memperolehi ilmu pengetahuan dan keredhaan Allah SWT. USIM tidak dibina melainkan utk melahirkan produk-produk Muslim yang Muttaqin (bertakwa) dan Muthaqqafin (berilmu pengetahuan tinggi) yang bakal menentukan corak kepimpinan Malaysia pada masa hadapan. Justeru, tanggungjawab yang besar telah digalas oleh kita bersama.
5. Saya mewakili barisan Majlis Perwakilan Pelajar USIM sesi 2012/2013 mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha. Semoga Aidil Adha kali ini mampu membawa kita ke arah pengamalan Islam yang lebih baik dan sempurna. InsyaAllah.
Mohamad Razif Mohamad Fuad
Yang Dipertua,
Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2012/2013
Universiti Sains Islam Malaysia
**********
Brothers and
sisters,
1. Al-Syahid Imam Hassan al-Banna in Majmuah
al-Rasa'il said that sacrifice means contributing the soul, wealth, time,
life and everything in order to achieve the goal. In this world, there is no
struggle (jihad) that does not require sacrifice.
2. All sacrifices will not be wasted; on the contrary, they will be awarded with a larger reward. Allah says in Surah al-Taubah verse 111,
إِنَّ اللَّهَ
اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنْفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ بِأَنَّ لَهُمُ
الْجَنَّةَ
“Indeed, Allah has purchased from the
believers their lives and their properties [in exchange] for that they will
have Paradise...”
Allah says in surah al-Taubah ayat 24,
قُلْ إِنْ كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ
وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا
وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ
مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّى يَأْتِيَ
اللَّهُ بِأَمْرِهِ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ
“Say, [O Muhammad],
"If your fathers, your sons, your brothers, your wives, your relatives,
wealth which you have obtained, commerce wherein you fear decline, and
dwellings with which you are pleased are more beloved to you than Allah and His
Messenger and jihad in His cause, then wait until Allah executes His command.
And Allah does not guide the defiantly disobedient people.”
Allah says in surah al-Fath ayat 16,
فَإِنْ تُطِيعُوا يُؤْتِكُمُ اللَّهُ أَجْرًا حَسَنًا
“So
if you obey, Allah will give you a good reward (in life and hereafter)...”
3.
When once there was a clash between the love of his own child and devotion to
God, Abraham, peace be upon him, took it in his stride to put God’s orders
above everything else. Likewise, Prophet Ismail, peace be upon him, sacrificed
the nature of his love towards his father and mother purely for the sake of
Allah the Almighty’s command. As a result, both received praise from Allah and
awarded various favors.
4. For Muslim
students, the act of sacrifice demands time, money, body, soul, the strain of
thoughts, feelings, and also at the expense of one’s own self-interest in order
to acquire knowledge and the love of Allah. USIM is built for the purpose of
producing Muslims who are Muttaqin (pious) and Muthaqqafin (knowledgeable)
which will determine the pattern of Malaysia's future leadership. Therefore,
the responsibility is being shouldered by us all.
5. On
behalf of USIM Students’ Representative Council (2012/2013), I would like to
wish Happy Eid Al-Adha to everyone. May the Eid Al-Adha this time can help us
be better and more accomplished in practicing Islam. God willing.
Mohamad Razif Mohamad Fuad
President,
Students' Representative Council 2012/2013
Universiti Sains Islam Malaysia
0 ulasan:
Post a Comment