Image and video hosting by TinyPic

" SEIRING MENERAJUI INSAN PERKASA "

Image and video hosting by TinyPic

SELAMAT DATANG KE WEB RASMI MPPUSIM

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

what image shows

HUBUNGI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

what image shows

Selamat Bercuti Buat Semua Mahasiswa/wi USIM

Semoga Pulangnya Mahasiswa/wi USIM ke Kampung Halaman Terus Mengislahkan Ummah

what image shows

Selamat Menghadapi Peperiksaan Buat Semua

SEMOGA KEJAYAAN MENGIRINGI KALIAN

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Saturday, January 6, 2018

UCAPAN DASAR YANG DIPERTUA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR 2017/2018



             Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, kita masih dianugerahkan nikmat Iman dan Islam dalam usaha menghayati dan mensyukuri segala pemberian-Nya. Syukur juga dipanjatkan kepada Ilahi kerana kita dapat bersama-sama berkumpul dalam keadaan aman dan  harmoni untuk menjayakan Majlis Amanat Perdana Naib Canselor Bersama Pelajar Baharu Sarjana Muda dan Watikah Perlantikan Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2017/2018.
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفًّا كَأَنَّهُمْ بُنْيَانٌ مَرْصُوصٌ (٤)

Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agama-Nya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.
(As-Saff: 4)

Y. Bhg Dato’ dan sidang hadirin sekalian,
            Terbentuknya Majlis Perwakilan Pelajar yang pertama pada tahun 2000 ketika rumah kita ini masih lagi dengan nama klasiknya, Kolej Universiti Islam Malaysia adalah atas keyakinan dan harapan yang tinggi untuk melihat universiti ini dipimpin oleh saf pimpinan yang boleh dijadikan qudwah hasanah, berfungsi sebagai rujuk utama mahasiswa dalam hal-hal kebajikan dan mampu menjadi pemimpin yang mengangkat agenda murni kampus barakah ini. Masa kian berlalu, zaman berubah merentas generasi, perubahan demi perubahan didambakan oleh segenap mahasiswa kita menunjukkan harapan mereka kepada saf pimpinan tertinggi ini tetap utuh dan teguh. Maka dengan sepenuh keberanian dan kesanggupan kami mempertaruhkan diri demi kemaslahatan ummah, hadirnya kami saf pimpinan, Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2017/2018 yang  masih utuh dipercayai mahasiswa merentas 17 tahun penubuhan.

Hadirin sekalian,
            Diversiti yang pelbagai dengan suasana yang variasi tidak sepatutnya menjadi alasan dan sebab untuk kita bertelagah atas ketidaksefahaman antara kita. Sebaliknya, elemen diversiti tersebut haruslah dipandang sebagai suatu nikmat kepada kita untuk saling melengkapi dan saling membantu dalam melaksanakan agenda pembangunan ummah. Kesepaduan sesama badan-badan pelajar yang menjadi penggerak dan tunjang utama universiti merupakan agenda utama yang akan dibawa oleh kami pada kali ini. Berpayungkan Majlis Perwakilan Pelajar, hasrat badan-badan pelajar untuk merealisasikan agenda pembangunan mahasiswa dan ummah akan kita dukung dan capai bersama-sama, menunjukkan sokongan dan galakan kita ke atas apa-apa sahaja usaha positif, murni dan realistik yang ingin dibawa oleh sesiapa sahaja di dalam USIM.

Setelah langkah kita derapkan bersama di bawah payung “Langkah Ini Langkah Kita Bersama”, beralih pula kepada roh untuk melihat perubahan yang lebih positif dan terkehadapan dengan laungan “Bersama Memimpin Perubahan”, dipertonjolkan segenap bakat dan potensi mahasiswa ke pentas yang lebih gemilang dengan keramat “Bersama Memberdaya Potensi”, maka kali ini kami berkeyakinan yang padu dan jitu bahawa sudah tiba masanya kita bergabung tenaga mengumpul seluruh usaha dalam merealisasikan motto kami, “Seiring Menerajui Insan Perkasa”.

Pembawakan kami begitu jelas untuk meneraju agenda pemerkasaan dan kebersamaan agar hasil usaha kita yang gemilang nanti, akan dapat dibanggakan bersama dan disebarkan manfaatnya kepada seluruh masyarakat sekitar. Oleh hal yang demikian, tampilnya kami barisan MPP sesi 2017/2018 bersama tiga domain yang akan kami fokuskan dan dilaksanakan secara bersama iaitu; Pusat Kolaborasi, Manifestasi Sebenar Ilmu Naqli dan Aqli dan Kebajikan Berfokus.

DOMAIN PERTAMA: PUSAT KOLABORASI / CENTRE OF COLLABORATION

            Selaras dengan kedudukan Majlis Perwakilan Pelajar sebagai badan tertinggi universiti seperti yang termaktub di dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti, hasrat kami pada kali ini adalah untuk menjadikan MPP USIM sebagai pusat kolaborasi atau centre of collaboration dalam kalangan badan-badan pelajar yang lain. Peranan MPP sebenarnya lebih menjurus kepada badan penyeliaan dan penyelarasan, dan bukan hanya tertumpu pada penganjuran program semata-mata. Namun, kebebasan adalah milik semua badan pelajar untuk menjalankan program-program yang bermanfaat, berintelektual dan memberi impak pada mahasiswa serta  masyarakat dengan kerjasama badan pelajar yang lain. Elemen kebebasan, kemesraan, kekeluargaan dan kerjasama akan sedaya upaya kami terapkan kepada semua badan pelajar dalam memperkukuh fungsi kami sebagai centre of collaboration.

            Hal ini selaras dengan surah al-Maidah ayat kedua, “Dan tolong-menolonglah kamu dalam hal kebajikan dan ketakwaan, dan janganlah kamu tolong-menolong dalam hal dosa dan permusuhan”. Melalui fungsi kami sebagai centre of collaboration yang efektif, kesepaduan dan kesepakatan sesama badan pelajar akan ditonjolkan dengan lebih jelas, sekaligus mewujudkan suasana professionalisme dalam gerak kerja, yang mana kualiti dititikberatkan dengan begitu mendalam. Misi kami juga pada kali ini adalah untuk menjadikan badan pelajar di dalam USIM sebagai sebuah keluarga pimpinan, di mana sikap saling merujuk dijadikan kelaziman dan MPP sebagai pusat rujukan utama antara badan-badan pelajar yang bernaung dengan aman dan harmoni di bawahnya.

DOMAIN  KEDUA:  MANIFESTASI SEBENAR ILMU NAQLI DAN AQLI

Yg. Bhg. Dato’ dan para hadirin,
            Universiti Sains Islam Malaysia adalah sebuah universiti yang terkehadapan  dalam menerapkan konsep integrasi ilmu naqli dan aqli yang mana manifestasi daripada gagasan ini perlu dizahirkan secara betul dengan kefahaman yang jitu dan bersepadu dalam semua golongan mahasiswa.  Konsep ini perlu diterjemahkan berpaksikan panduan dan rujukan yang benar. Oleh itu, kami sebagai Majlis Perwakilan Pelajar berasa terpanggil untuk menjadi entiti pertama yang mendokong dan menterjemahkan agenda penuh makna ini . Hasrat murni universiti dalam usaha melahirkan para ilmuwan yang bermodelkan Graduan Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli (GIINA) akan sentiasa dijunjung dan diangkat oleh kami, selaku saf pimpinan pertama universiti, agar kefahaman berkaitan perintegrasian ini tidak hanya tertumpu pada sesuatu objek yang kita letakkan sebagai wadah kepada matlamat kita, tapi meliputi amalan dan praktikaliti seorang insan yang lahir daripada jiwa yang terdidik dengan kefahaman sebenar mengenai gagasan murni intergasi naqli dan aqli ini. Model GIINA selayaknya dihayati oleh segenap lapisan mahasiswa dengan penerangan yang berterusan dan menarik oleh pihak universiti demi menyemai pemahaman yang sebenar tentang hasrat ini.

Respected, Referred and Relevant merupakan nilai pembawaan kami dalam sesi kali ini. Masyarakat sekitar sangat mendambakan pemuda-pemuda terutama tenaga mahasiswa yang boleh dijadikan ikon masyarakat dan berbakti di tengah-tengah kesibukan komuniti. Dengan pelaksanaan Modul GIINA yang sebenar, kami barisan MPP dengan sepenuh keyakinan percaya bahawa kemampuan kita untuk  melahirkan insan berkebolehan dalam segenap bidang, ketahanan spiritual dan minda yang tinggi, kekuatan agama dan sikap professionalisme akan dapat diberdayakan dan diperkasa. Hal ini selaras dengan visi MPP USIM iaitu membentuk mahasiswa berperibadi al-Abrar yang berilmu, berdisiplin dan bertakwa. Ini merupakan nilai tambah yang seharusnya dimiliki oleh graduan USIM hasil penerapan sebenar nilai integrasi ilmu naqli dan aqli.

DOMAIN KETIGA: KEBAJIKAN BERFOKUS  

            Fungsi Majlis Perwakilan Pelajar sebagai badan yang memelihara kebajikan mahasiswa secara keseluruhannuya akan diperkukuh pada kali ini dengan saluran dan matlamat yang lebih berfokus. Hal ini sememangnya menjadi teras utama perjuangan MPP untuk mahasiswa. Sehubungan itu, MPP sebagai badan yang diberi mandat dengan keyakinan yang teguh oleh seluruh mahasiswa tidak akan memandang sebelah mata akan isu-isu kebajikan. Kali ini, peranan kami dalam isu kebajikan akan lebih berfokus, agar segala perkara yang menjadi topik besar dalam isu ini akan segera difikirkan sistem yang lebih baik, disusuli pelaksanaan berkesan demi kemaslahatan mahasiswa untuk tempoh masa yang berpanjangan. Namun, aspek kebajikan yang lain turut diutamakan dan dibawa secara bersama menurut saluran yang betul dan effisien.

KESIMPULAN

Hadirin dan hadirat sekalian,
            Sebagai pengakhiran kepada ucapan dasar ini, suka untuk saya ingatkan bahawa perjuangan kami ini, tidaklah mengharapkan apa-apa balasan sekalipun, melainkan untuk melihat warga kita  ke arah yang lebih gemilang di pentas ummah, selaras dengan visi USIM iaitu mengintegrasikan naqli dan aqli demi mentransformasi dan menghasilkan nilai kepada negara, ummah dan manusia sejagat. Oleh itu, marilah bersama kami dalam menerajui agenda kebersamaan ini.

Sekian,. Wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamualaikum wbt.