Image and video hosting by TinyPic

" SEIRING MENERAJUI INSAN PERKASA "

Image and video hosting by TinyPic

Wednesday, October 17, 2012

MPP USIM Menyokong Penuh Penubuhan Yayasan Pembangunan Pondok 1Malaysia


Web YPP1M: http://www.pondok1msia.org.my/

MPP USIM menyokong penuh usaha penubuhan Yayasan Pembangunan Pondok 1Malaysia (YPP1M) yang akan dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak pada 8 November ini.

Menurut Penasihat Kehormat yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata, lebih 20 jabatan dan agensi kerajaan terlibat bagi menjayakan majlis gemilang YPP1M ini, yang baru ditubuhkan Ogos lalu. Selain itu, antara Ahli Penasihat YPP1M adalah, Prof Dr Uthman El Muhammady (Felo Utama ISTAC), Datuk Paduka Sheikh Hasbullah Abd Halim (Mantan Mufti Kedah) dan Tuan Guru Haji Abdullah Saamah (Pengasas Madrasah an-Najmiyyah)

Pada majlis itu juga Perdana Menteri akan menyampaikan tiga anugerah iaitu Anugerah Tokoh Pondok 2012 kepada pengasas dan mudir pondok, tiga Anugerah Pondok Contoh 2012 dan 10 pondok menerima sumbangan daripada Dato’ Sri Mohd Najib menerusi Anugerah Kasih. 

Sehubungan dengan itu, MPP USIM melihat usaha pihak kerajaan ini seharusnya diberi sokongan padu oleh semua pihak bagi memastikan kesepaduan dan kelestarian institusi pondok. Institusi pondok adalah institusi pengajian Islam tertua di Malaysia dan berperanan besar dalam usaha pengukuhan akidah Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah sejak zaman Tanah Melayu. Ia juga berperanan sebagai antara benteng bagi mempertahankan kedaulatan Islam sehingga kini.

Mohamad Razif Mohamad Fuad
Yang Dipertua,
Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2012/2103

Universiti Sains Islam Malaysia

4 ulasan:

  1. secara jujur aku tak tahu ape signifikasi kerajaan mahu menubuhkan sekolah pondok milik kerajaan. adakah sistem sekolah agama persekutuan masih belum mampu melahirkan para ilmuwan Islam yang hebat dan berdaya-saing ataupun hanya semata-mata modus operandi untuk menghapuskan sekolah pondok tradisional yang secara autentik melahirkan ramai penyokong parti pembangkang.

    adapun, sebagai penuntut ilmu, kita hanya perlu menunggu apa natijahnya,kesan atau implikasinya. analisa pada permulaan sesuatu adalah bodoh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Azuwa.:)

      YPP1M bukan sebuah sekolah pondok milik kerajaan. Ia adalah sebuah yayasan yang menghimpunkan pondok-pondok di bawah satu naungan.

      Ya, sebagai penuntut ilmu sememangnya kita perlu menunggu natijahnya tetapi sebagai penuntut ilmu yang ada 'faham ilmu', analisa awal adalah amat2 penting supaya lebih jelas baginya halatuju sesuatu perkara. Diam dan menunggu adalah satu pilihan, bukan satu ketetapan bagi penuntut ilmu.

      Delete
  2. penuntut ilmu yg ada 'faham ilmu'? dah tengok logo ypp1m ni? ada fatwa utk benda2 mcm tu. apa penasehat pondok ni semua buat? mufti/ex-mufti pun ada dlm senarai penasehat

    ReplyDelete
  3. kalau akhi Azmie maksudkan fatwa larangan menulis khat yg membentuk makhluk hidup, logo di atas bukan khat. Itu tulisan berbahasa Melayu.

    ReplyDelete