Image and video hosting by TinyPic

" SEIRING MENERAJUI INSAN PERKASA "

Image and video hosting by TinyPic

SELAMAT DATANG KE WEB RASMI MPPUSIM

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

Sunday, February 22, 2015

Manfaatkan selagi Ada Masa

Alhamdulillah dalam singkat perjalanan waktu kita bakal bertemu lagi dalam semester yang kedua. Bagi yang sudah tahun akhir, kebanyakkannya akan menempuh pengalaman berpraktikal. Semester yang baru ini kita dibuka dengan isu surat dari universiti kepada mahasiswa GAMIS yang mana tak perlu saya cerita panjang di sini kerana sudah hangat dibincangkan. Saya yakin kedua-dua belah pihak akan mencari solusi yang terbaik bagi menyelesaikan masalah ini atas dasar ukhuwah islamiyyah. Prof. Dr. Yusuf al-Qardhawi ada menyebut dalam menghuraikan hadith ان...

ROAD TOUR MPP

Bermula pada 22 Februari 2015 hingga 26 Februari 2015, barisan Majlis Perwakilan Pelajar Usim akan mengadakan Kunjungan Hormat ke IPTA Semenanjung Malaysia bertujuan untuk bertukar-tukar pandangan dan berkongsi idea demi memastikan barisan MPP USIM akan terus memacu langkah ke hadapan seiring dengan visi dan misi. Objektif Kunjungan Hormat MPP USIM yang melibatkan 9 IPTA yang bermula di pantai timur dan berakhir di Lembah Klang ini antara lainnya...

Saturday, February 21, 2015

SEMESTER II

[SEMESTER 2] Kami di Pihak Majlis Perwakilan Pelajar Usim ingin mengucapkan Selamat Menempuhi Semester II sesi akademik 2014/2015 kepada seluruh mahasiswa di IPTA umumnya dan kepada mahasiswa UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA [USIM] khususnya. Semoga semester yang baharu ini mampu memberi semangat yang baru kepada semua mahasiswa untuk menghadapi cabaran dan ujian yang bakal dihadapi. Pasanglah azam dan tekad pada semester...

SUATU TEGURAN

[SUATU TEGURAN] Bismillahirrahmanirrahim. Berikutan isu panas surat kepada pelajar USIM yang mewakili kepimpinan GAMIS, kami di pihak Majlis Perwakilan Pelajar Usim mempunyai pendirian tersendiri. Kami berpendapat bahawa tindakan yang dilakukan oleh pihak universiti dan juga pihak GAMIS terutamanya saudara Mohd Imran Md Ishak dan Ahmad Fahmi Mokhtar adalah sesuatu yang tidak menguntungkan kepada ummah dan kedua-dua belah pihak. Dengan itu,...

Wednesday, February 4, 2015

SAMBUTAN ULANG TAHUN KE- 15 UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

Bermulanya tahun 2015, Universiti Sains Islam Malaysia telah masuk ke 15 tahun sejak penubuhannya pada tahun 2000. Sehubungan dengan itu, Pihak universiti telah mengeluarkan logo ulang tahun ke 15 USIM bagi meraikan sambutan ini. Terdapat beberapa syarat telah ditetapkan untuk penggunaan logo ini sepanjang ulang tahun ini berlangsung. Antara syarat-syaratnya ialah: 1.  Logo Ulang Tahun ke 15 USIM TIDAK BOLEH digunakan tanpa logo...

PENDAFTARAN KURSUS DAN CETAKAN JADUAL WAKTU KULIAH SEMESTER 2 SESI AKADEMIK 2014/2015

[PENDAFTARAN KURSUS DAN CETAKAN JADUAL WAKTU KULIAH] PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR SARJANA MUDA UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA. Untuk makluman semua mahasiswa sarjana muda USIM, sesi perkuliah semester 2 sesi akademik 2014/2015 akan bermula pada 23 Februari 2015 ( 23/2/2015 ).Sehubungan dengan itu, pelajar boleh mendaftar kursus secara online dan mencetak jadual waktu kuliah melalui portal eStudent bermula daripada 18 hingga 22 Februari 2015...